Khamis, November 16, 2006

Tersirat Disebalik Kata-kata

#listen to Christina Aguilera~HURT

Makna tersirat disebalik percakapan dan pertanyaan yg korang sbg lelaki tak perasan..=)

  • Jika makwe bertanya : "Hari minggu ni you duduk rumah je kan ?"
  • Makna tersirat : Dia ajak keluar la tu!
  • Jika makwe bertanya : "Awak sudah makan ke belum?"
  • Makna tersirat : Dia ajak keluar makan la tu!
  • Jika makwe bertanya : "Saya takut la nak balik sorang-sorang, dah gelap ni!"
  • Makna tersirat : Dia mintak tolong hantarkan sampai depan rumah la tu!
  • Jika makwe bertanya : "Awak tak rindu ke makwe lama awak?"
  • Makna tersirat : Berani cakap la rindu dan kalau nak tengok perang dunia keempat meletus.
  • Jika makwe bertnya : "Saya okey kalau awak nk keluar dgn perempuan lain tapi bagi tau la saya dulu."
  • Makna tersirat : Haa okey sangat la ni, berani buat la!
  • Jika makwe bertanya : "Cantik tak awek tadi tu?"
  • Makna tersirat : Siapa yang paling cantik antara dia dengan awek tu.
  • Jika makwe bertanya : "Cantik kan kereta tu?"
  • Makna tersirat : Dia suruh korang tukar motor beli kereta la tu!
  • Jika makwe bertanya : "Masuk tahun ni dah lapan tahun kita berkawan kan?"
  • Makna tersirat : Makwe korang ajak kahwin la tu!
  • Jika makwe berkata... " Saya rasa kita hanya sesuai berkawan baik dan menjadi sahabat sahaja."
  • Makna tersirat : Dia taknak menjadi makwe korang lagi la tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to drop any comments! =]