Rabu, September 12, 2007

happy fasting!

I like to wish " Happy Fasting to all Muslims in Malaysia and all over the world!". Hope that we can perform this 'ibadah' with the full bless from Allah. Amin!

Ahad, September 02, 2007

Merdeka~!!

Belum terlewat utk aku ucapkan 'Selamat Hari Merdeka' rasanya. Malaysiaku Gemilang! Itulah tema hari kemerdekaan tahun ini yang aku baru perasan 3 hari lepas. Oh, aku sangat tidak patriotik! Maafkan kelalaian aku. hehehe.

Pada hari merdeka tersebut, aku telah keluar menemani kawan baikku membeli belah di Masjid India. Ya, orang sangat ramai pada hari itu memandangkan hari tersebut adalah hari cuti sempena kemerdekaan negara. Aku menaiki Putra LRT dari Stesen Kelana Jaya dan turun di stesen Pasar Seni. Kami sengaja turun di situ biarpun pada asalnya kami membeli tiket untuk turun di Masjid Jamek. Ketika berjalan menuju ke arah Masjid Jamek, aku dapati begitu ramai warga Indonesia di sekitar hadapan Central Market sampai aku tertanya-tanya adakah aku berada di negara asing atau di tanah air sendiri? hahaha. Aneh rasanya melihat terlalu ramai rakyat negara asing di bumi sendiri tatkala negara sedang rancak menyambut Merdeka. Teringat pula ketika aku menaiki bas dari Kelana Jaya menuju ke Putrajaya tak lama dulu. Bas itu penuh dengan rakyat asing berkulit hitam (aku panggil mereka sebagai 'negro') sehingga aku terasa seperti di Afrika pula. Apa taknya, cuma aku dan pemandu bas sahaja berbangsa Melayu dan ada pun segelintir penumpang lain berbangsa India. Lucu pula rasanya.

Jangan ditanya apakah pengertian merdeka bagi aku. Aku kurang bersifat patriotisme. Bukan bermaksud yang aku tidak cintakan tanah air ini tetapi aku lebih bersifat sederhana. Merdeka yang sederhana.. hidup yang sederhana. Bagi aku, merdeka bukan setakat pada bulan Ogos semata-mata tetapi merdeka adalah pada bila-bila masa.

Titik