Selasa, April 30, 2013

::Ini Kisah MyPi Saya Part ii::

Tadaaa....

Inilah yang sempat saya miliki sepanjang hasil jelajahan saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 kali ini.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat saya yang sudi menemankan saya ke sini. Juga ribuan terima kasih untuk MyLB yang sudi pinjamkan saya duit. Ya, tanpa bantuan beliau nescaya saya takkan berjaya rembat empat lima buah novel tu. Heh.

Jumpa lagi. Dah lambat nak ke ofis ni. Haha.

Tata!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Isnin, April 29, 2013

::Ini kisah MyPi saya::

Ini ada sebahagian dari post di wall Melur Jelita yang saya ingin kongsikan bersama.

Rupa-rupanya ada seribu satu kisah disebalik 3 hari yang telah berlalu sempena pesta buku di PWTC kali ni. Terkedu sesaat bila baca post lagi satu di wall MJ. Tak sangka ada kisah suka duka dan drama air mata gara-gara sebuah MyPi. Hebatnya penangan MJ.

Saya salah seorang dari ribuan peminat MJ telah ke PWTC pada hari Sabtu yang lepas. Niat saya cuma satu;ingin miliki MyPi. Soal tanda tangan, saya tolak ke tepi. Saya faham, mungkin sukar untuk saya dapatkan tanda tangan dari MJ pada hari tersebut. Jadi saya tak letak sebarang harapan. Kalau ada rezeki, saya mintalah tt MJ.. kalau takde pun takpe. Saya pun dah lama tak ke pesta buku.. lebih tepat lagi, dah lama tak jejakkan kaki ke pwtc. Jadi saya tak tahu luas mana bilik Melaka tu. Dan bila saya sampai ke sana, lokasi pertama saya tuju ialah bilik Melaka. Itu pun setelah bertanya pada sorang gadis petugas di level 2.. MasyaAllah, punyalah ramai umat manusia dalam bilik tu. Terus patah semangat saya nak beli novel. Sebab yang tengah beratur untuk membayar punyalah ramai. Tapi saya gagahkan diri masuk jugak ke dalam... Bersesak-sesak ke rak mencari MyPi tapi alangkah kecewanya hati melihat MyPi tiada dirak. Lama saya berdiri di situ.. separuh hati menyuruh saya terus pulang dan separuh hati menyuruh saya berjalan-jalan ke booth lain. Dalam bersesak-sesak tu, sempatlah jua saya snap pic MJ yang tengah sibuk sign untuk peminatnya.. tapi snap dari jauh la. Mujur hp boleh zoom. Heh. Tak dapat nak beli dan minta MJ sign novel untuk saya pun, sekurang-kurangnya saya ada la gambar MJ secara live. Almaklumlah ini kali pertama saya melihat MJ di depan mata. Rasa teruja jugak. Hehe

Melihatkan lautan manusia di dalam bilik Melaka yang tak berkurang, saya ajak sahabat saya keluar dari situ. Tak sanggup nak tunggu lama.. sebab saya tak tahan panas.. sudah la belum sarapan dan makan tengahari, risau saya pitam je kat situ. Masuk Sogo dulu pun penah hampir nak pitam, ini kan pula dalam bilik yang padat dengan manusia ni. Jadinya saya terus keluar dan kami menuju ke level 2 kalau tak silap. Kami ke booth Fajar Pakeer dan sebagai kenangan bersusah payah datang ke sini, saya sambar jugak 2 buah novel di situ. Sebenarnya Saya Isteri Dia (saya beli sebab sahabat saya nak tau jalan ceritanya.ok,tunggu aku habis baca dulu Sham.nanti aku cerita kat hg.haha) dan sebuah lagi Bila Blogger Jadi Maid terbitan FP. Saya terjumpa blog Zati Mohd minggu lepas secara tak sengaja.. jadi saya tahu dia ada keluarkan sebuah novel. Belum sempat baca kat blog dia,terus je saya beli BBJM. Hehe. Ada diskaun 20% untuk novel tersebut. Kira ok lah tu. Lagipun booth FP takdelah ramai sangat.. saya beratur pun takde la lama mana.. cuma sayangnya saya takde beli novel Superbike Itu Cinta. Kalau tak, dah boleh suruh novelis dia kasi autograph sebab saya lepak belakang novelis dia je lepas bayar novel tadi. Haha. Rugi, rugi.

Lepas itu,saya dan sahabat saya turun ke bawah pula.. menuju ke booth Karangkraf. Ehh, rasanya saya ke booth Karangkraf dulu baru saya naik ke atas ke booth FP. Heh. Dah lupa.. sebab main redah je. Bagus Karangkraf sebab buat dalam hall.. jadi,tak la sesak sangat. Selesa pun selesa. Mungkin Karya Seni harus sewa hall lepas ni agar peminat novel KS dan penulis novel pun sama-sama dalam keadaan selesa. Lepas turun dari booth FP, saya ke hall bawah yang ada Popular. Sebab mencari novel Playboy Itu Suami Aku?! dan petugas booth FP bagitau novel tu hanya dijual melalui Popular sahaja di bawah. Itu yang terus mencari Popular. Sambar PISA dan sebuah buku resepi masakan 1 Hari 1 Resepi gara-gara terpengaruh dengan teaser Cinta Itu Indah hasil karya cik Shiroe Sherry. Haha. Langsung tak plan nak beli buku resepi tapi entah macam mana boleh sambar dan bayar. Mujur ada diskaun 20% jugak sebab saya ahli kad Popular.

Melihatkan jam yang dah menginjak ke pukul 3, saya dah terasa lapar. Dan sedikit kecewa sebab tak dapat MyPi, saya ajak sahabat saya melawat bilik Melaka buat kali terakhir sebelum pulang. Manalah tahu ada rezeki, orang tak ramai ke.. ada la peluang masuk semula ke dalam. Alhamdulillah, bersinar mata saya melihat ada MyPi di rak novel. Lantas sahabat saya menyuruh saya beratur di barisan untuk membayar dan dia pegi ke rak mencapai MyPi. Malangnya orang terlalu ramai sehingga saya tak tahu barisan mana yang patut saya berdiri. Lantas saya menuju ke arah sahabat saya semula. Dia hulurkan MyPi kepada saya. Alang-alang dah berjaya pegang MyPi, saya ke rak sebelah dan terus menyambar sebuah novel terbaru Syamnuriezmil. Terus beratur untuk membayar tapi kesudahannya saya serah novel saya kepada sahabat saya sebab barisan yang dia berdiri dah makin hampir ke kaunter bayaran sedangkan barisan saya berdiri dah jadi seperti bercabang dua sebab ramai potong queue. Sabar je laa. Saya minta dia tolong bayarkan dan saya keluar menunggu di luar. Sahabat saya sanggup menemankan saya lagi jika saya mahu beratur untuk mendapatkan tanda tangan MJ tapi saya tolak. Cukuplah dia rela hati menemani saya ke pesta buku kali ni.. dan rela menunggu saya membeli novel lain. Saya enggan susahkan dia untuk tunggu saya dapatkan tandatangan pula. Tak apalah. Saya tak kisah. Dah dapat beli MyPi pun dah rasa bertuah sangat.. sebab tak sangka ada lagi orang lain yang langsung tak dapat beli MyPi. Jadi, saya bersyukur sangat.. nyaris pulang dengan tangan kosong sebenarnya tapi tak sangka ada rezeki saya kali ni. Di KS, setiap novel ada diskaun sebanyak RM5. Not bad.

Hasil dari pesta buku ni,dapatlah 5 buah novel dan sebuah buku masakan. Nak cari buku ilmiah lain tapi perut dah meragam kelaparan. Jadi,saya buat keputusan untuk pulang. Sempat singgah KL Sentral untuk makan di Secret Recipe.

Jujur saya katakan, saya serik untuk ke pesta buku lagi. Haha. Saya rela order online sahaja lepas ni. Tak sanggup bersesak dalam lautan manusia sebenarnya. Saya anggap ini salah satu pengalaman saya. Bila membaca post MJ siang tadi, sungguh saya rasa terharu dan bersyukur. Sedih dan geram semua ada. Terharu sebab dapat jejakkan kaki ke PWTC.. bersyukur sebab saya dapat memiliki MyPi akhirnya. Bersyukur sebab 'lawatan' kali ke-2 saya, MyPi tersedia dirak. Sedih dan geram sebab masih ada manusia lain yang tidak cuba memahami keadaan MJ yang penat melayan peminat dari pagi hingga ke petang. Beginilah agaknya yang dilalui oleh artis popular.. Ohh, betapa susahnya menjadi popular! Sungguh saya tak sanggup.

Inilah kisah pencarian MyPi saya. Masih berbalut kemas dalam plastik lagi. Mungkin saya akan baca hujung minggu nanti atau mungkin lusa sebab ada cuti Hari Buruh. Tengok pada mood. Saya mahu hayati MyPi jadi saya tak mahu terburu-buru membacanya. Tahniah kepada MJ sebab berjaya hasilkan karya yang hebat hingga mencetus fenomena dikalangan peminat novel. Aura ILYS sangat kuat hingga ramai yang menanti MyPi keluar dipasaran. Saya tak berani komen lebih lanjut sebab saya sendiri belum baca MyPi tetapi dari sedutan part 1 hingga part 5 yang saya baca, ianya agak menarik. Nanti dah habis fenomena MyPi saya kongsi bersama ya sinopsisnya. Heh.

Maaf terpanjang pula. Kepala sakit berdenyut tahap petala dan tekak loya-loya tahap nak termuntah dah tapi tangan masih gigih menaip. Hasilnya, entri yang ditaip sejak pukul 9 malam tadi akhirnya bakal saya akhiri sekitar 11.33 malam. Hahaha. Gila panjang,kan?

Sekian dulu hasil coretan saya tentang MyPi.

Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Ahad, April 28, 2013

::It's a nightmare!::

True. I thought my hp got problem. But when I realize that I can't access my blog and my gtalk, I know Google is not joking.

Panic.

That's what I feel this morning. I can't afford to lose my google account. It's really important to me. I don't give a damn if yahoo wants to remove me from their service but not google. Please, don't!

Luckily I manage to recover back my google account. Pheww, what a relieve! Dear Google, please let me know first if I had done something's wrong with my account. Please don't straight away remove me.

Oh,please no!
Published with Blogger-droid v1.6.5

Sabtu, April 20, 2013

::OFFICIAL NOVEL TRAILER MY PRECIOUS IRIS ~ SEQUEL I LOVE YOU, STUPID! BY ...::

Aduh, lambatnya nak tunggu hujung bulan!

Demi My Precious Iris saya tekad nak pegi PBAKL kali ni. Lagipun tak pasti bila Karya Seni akan buka order online untuk novel ni. Sangat-sangat tak sabar nak memiliki MyPi. Novel lain saya sanggup tunggu tapi tidak untuk MyPi.

Kenapa saya nak sangat beli novel ni?

Pertama, sebab novel ni adalah kesinambungan dari novel kedua karya Melur Jelita iaitu I Love You, Stupid!.
Kedua, sebab saya nak sangat tahu sama ada Iris dapat berkahwin dengan Firman atau pun tidak.
Ketiga, sebab novel ILYS yang lepas telah bawa saya mengembara ke Kemboja secara tak langsung.
Keempat, sebab novel ni lain dari yang lain. Hanya orang yang baca ILYS sahaja akan tahu apa yang lainnya dengan novel ni.
Kelima, lepas tengok you tube untuk Trailer MyPi kejap tadi hati saya melonjak-lonjak ingin tahu siapa Harris. Dari video ni saya seperti merasakan Firman dan Iris bakal menempuh dugaan yang lebih besar lepas ni.

Aduhhh! Tengok video ni pun dah rasa nak menangis. Tak pastilah sebab lagu Aizat yang sedih dan mendayu-dayu tu ke.. atau sebab hati saya rasa Iris dan Firman tak sempat nak kawin.

Hurmm.. banyak sangat persoalan..

Secara jujurnya saya sangat kagum dengan kak Melur Jelita sebab berjaya hasilkan novel yang sangat-sangat hebat seperti ini. ILYS adalah novel pertama saya beli dan terus jatuh cinta. Lepas tu baru saya beli Awak Suka Saya Tak? Dulu pandang gitu-gitu je kalau masuk Popular. Hee. Sebab saya tak minat sangat novel tebal-tebal yang berharga lebih dari RM30 ni. Maaf kalau saya katakan saya tersalah menghakimi novel tersebut. Saya ingatkan kisah cinta biasa.. lepas tu cover novel tu tak menarik perhatian saya. Maaf sekali lagi. Saya bukan bermaksud nak cakap cover tu tak cantik tapi kurang menggoda minat saya untuk membeli. Hehehe. Tapi lepas dah baca, hah,amik kau! Best!

Jadi, jangan pandang sebelah mata hasil tulisan kak Melur ni.. Tapi novel paling saya suka tetap ILYS la. Kalau tak, takde la saya beriya nak tunggu MyPi ni.. sampai dah tahap angau dah ni.. tak kisah la berapa harga novel tu kali ni, saya dah bertekad nak beli. Harap-harap bawah RM40 dan jangan tebal sangat. Haha. Memang best kalau tebal tapi untuk saya, bila novel tu tebal sangat saya susah nak pegang dan baca. Dah la saya suka baca sambil baring..harus kemek hidung kalau kena hempap dengan novel tu nanti. Hahaha.

Untuk yang tak pernah baca hasil karya Melur Jelita, boleh la ke blog beliau. Link ada kat tepi blog saya ni. Dalam banyak-banyak novel yang saya pernah baca, hanya novel dari Melur Jelita je yang penuh dengan pengisian. Bukan sebab saya minat ILYS maka saya nak puji melambung novel Melur Jelita. Takkkk. Novel orang lain best dengan cara mereka tersendiri. Tapi novel Melur Jelita ni beri kesan mendalam pada saya. Kalau dalam ASST, saya baru terfikir satu perkara. Kenapa majoriti orang Melayu akan beri kasut dan al-Quran sebagai hantaran? Dah tu letak dalam dulang.. ermm.. perlu ke letak kasut dan al Quran sama-sama? Ok,maksud saya dalam dulang berlainan tapi still sama level jugak kan dulang hantaran tu. Mungkin kalau saya ada rezeki untuk berkahwin nanti, saya takkan beri kasut sebagai barang hantaran.
Kalau dalam ILYS pulak, saya terasa seperti di bawa mengembara ke Kemboja secara tak langsung. Mengenal Islam.. mengenal jati diri.. banyak yang saya dapat dari novel ni.

Moga-moga MyPi juga dapat memberi satu pengalaman pembacaan yang terindah nanti. :)

Ok,times up!

Byeeee

Rabu, April 17, 2013

::Sealed With A Kiss::

Ok, tengah tak sabar tunggu MyPi a.k.a My Precious Iris. Kesinambungan dari novel I Love You,Stupid!..

Serius tak sabar. Maybe lepas pesta buku kat PWTC baru Karya Seni buka order online kot. Alahai.. terseksa jiwa nak tunggu MyPi :(

Lagu ni kak Melur ada letak kat dalam FB dia kalau tak silap.. mula-mula tak minat sangat tapi bila dah dengar, sedap la pulak. Hehehe.. Boleh google atau dengar je dari YOUTUBE. Tajuk lagu ni Sealed With A Kiss.. oldies punya song ni. Hee..

Selamat berhibur. Saya busy sikit hari ni.

Byeee..

Ahad, April 14, 2013

::KNK::

Okey,malas nak edit pic tu. Upload terus je dari gallery. Lagipun pic novel je kan..

Last week cakap nak marathon tapi kesudahannya cuma baca Lelaki Ekslusif saja. Dan baru malam ni start baca Kisah Naz Dan Khaalish ni. Lepas pukul 8 malam tadi mula baca.. dan macam biasa la,selak mukasurat terakhir dulu sebab tak sabar nak tau ending. Hahaha

Kisah Naz & Khaalish.

Cerita ni tak jauh beza dari novel pertama Hanina Abdullah; Projek Memikat Suami. Tapi untuk novel kedua ni ada sedikit kelainan. Terasa macam baca I Love You,Stupid pula. Kisah Naz yang merantau jauh dari Malaysia.. sedikit sebanyak teringat pada watak Iris yang ke Kemboja. Hehe. Cuma bezanya Naz lebih lembut berbanding Iris yang berlagak diva dan keras kepala tu. Eh, eh.. kenapa pulak tercerita pasal I Love You Stupid ni.. ishh..

Okey,ulasan saya tentang novel ni dari sudut pandangan kecil saya yang tak pandai berkarya ni; Naz seorang pemaaf. Kalau saya ditempat Naz, susah juga nak maafkan Khaalish semudah tu. Dengan mummy Khaalish yang begitu,tak sanggup rasanya berhadapan dengan mertua macam tu. Saya tak kuat macam Naz. Tapi mujur mummy Khaalish dapat terima dan layan Naz dengan baik lepas dia kawin dengan Khaalish. Dan untuk watak Khaalish dalam novel kedua, rasanya dia jauh lebih baik dari watak Zahrain dalam PMS. At least Naz tak perlu atur strategi untuk pikat suami seperti Husna. Tak pening kepala saya fikir. Ehhh,motif kau nak pening,!x0r@? Hahaha.. biasalah.. saya ni mudah terpengaruh sikit dengan novel yang saya baca. Sebab tu saya benci sad ending. Nanti saya yang terikut-ikut emosi. Tu yang saya tak suka.

Secara keseluruhannya, novel ni santai dan tak memberatkan kepala. Saya tak pandai nak buat ringkasan tentang jalan cerita novel ni. Tak bestlah kalau saya cerita kat sini. Nanti takde orang pulak pegi beli novel penulis favorite saya ni. Hehe. Saya cuma nal buat ulasan tentang watak hero dan heroin dalam novel ni saja. Tapi satu pun tak terulas. Hahaha. Dari pemerhatian saya terhadap kedua-dua buah novel karya Hanina ni, watak heroin mesti seorang yang gila travel dan baik.hati punya. Hehe. Dan yang berusaha demi mempertahankan rumah tangga. Bagus. Cuma, kalau saya laa.. saya lari jauh-jauh je biar suami rasa menyesal.. So that they will appreciate what they have before. Saya tak mampu nak jadi seperti watak heroin dalam novel-novel tersebut. Bagi saya, saya berpegang pada prinsip; Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Habis cerita.

Hahaha.. ngantokk. Dah banyak typo ni. Adesss.

Nite!

Published with Blogger-droid v1.6.5

Rabu, April 10, 2013

::Bos! Oh,bos!::

Dah tiga hari berturut-turut myBoss asyik like mystatus. Heehe. Bukan suatu perkara yang pelik sebenarnya tapi bila myBoss asyik like aje,saya tau la dia baca post saya tu. Haha. Janggal,hokey? Ngeee.. Kalau kawan baik saya like post saya tu,takde la pelik mana. Sebab dah biasa. Haha.

Jadi,kesimpulannya..mohon jangan post status yang meroyan sangat la dalam facebook. Sebab of course la orang akan baca walaupun orang tak komen. Tu semua tak jadi masalah sebenarnya.. terharu lagi ada la sebab bila orang like status kita, sekurang-kurangnya kita tau dia sudi baca apa yang kita tulis. Kan?;)

Oh,ya petang tadi myBigBoss tegur lagi! Dia larang saya minum manis-manis. Haish. Bos ni... Takkan la kena minum air kosong kot untuk tea time? Tak rock la. Huh.

Tengah nak letak gula dalam mug, bos tegur;

"you makan gula lagi?"
"Errr.. eh,tak laa.." sambil terus mengacau gula dalam mug berisi air teh.

Dan bos start bebel.. jangan minum manis-manis la.. you banyak kurus la.. bla.. bla.. Haih. Potong mood nak minum teh panas time hujan petang tadi. Tapi saya peduli hapa.. dah terbancuh dah..takkan nak buang pulak. Kesudahannya saya teruskan minum teh o panas tu sambil makan waffle yang beli masa keluar lunch kat giant tadi. Mujur jugak bos dah balik rumah time tu. Haha.

Esok mesti saya fikir dua kali nak tea time ke tidak. Alahai. Sebelum-sebelum ni pun dah banyak kali kena tegur dengan bos sebab selalu minum teh ais pagi-pagi. Dulu hantu neslo. Tetiap pagi je mesti order neslo dari kedai belakang dan minum. Lepas kerap sangat sakit kepala,stop minum neslo dan try minum teh ais pulak pagi-pagi. Time tu tengah 'pantang' dari minum milo. Terpaksa la ajar tekak minum teh ais pagi-pagi. Then,bos lalu depan meja nampak bungkusan teh ais tu,terus dia bebel tak bagi minum. Tak pasal-pasal kena sorok air kalau dia masuk ofis. Haha. Tapi sekarang ni selamba je minum milo ais pagi-pagi. Takde pulak bos bagi pesanan penaja setakat ni. Dah lama dia tak tegur bab-bab minum ni,baru petang tadi dia start balik larang minum minuman manis-manis. Huwaa.. sadis!

Harap esok boleh sampai awal la ke ofis. Bukan boleh caya sangat saya ni.. kadang lagi 10 min pukul 9 pagi,baru terhegeh-hegeh nak sampai KJ. Hahaha. Macam laa ada share dalam company tu datang lambat manjang. Heee. Agaknya dah berbakul kena kutuk dengan kawan ofis sebab asyik datang lambat je. Hmm.. maaf,ya kawan-kawan. Saya insan yang lemah. Uhuhu.

Sekian repekan hari ni. Harap-harap.petang esok tak hujan la. Hee.

Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Selasa, April 09, 2013

::Ehem!::

Rasa janggal pulak nak menulis lepas my bestfriend and my lovely roommate discover blog ni.ekeke.
Mohon jangan gelak tau. ngeee..

Errr...
.
.
.
.
Ermmm...
.
.
.
.
Okey, sumpah rasa kekok! Hahaha.

Macam  laa sebelum ni tak pernah berblog. Rasa lain.. sebab dulu, yang kenal cuma kawan-kawan di alam maya. Tapi sekarang ni kawan yang kenal secara realiti. Okey,okey. Abaikan.

Ingat nak meluah perasaan kat sini tapi karang my rumet gelak pulak. Macam takde modal lain nak menulis.. Hee.. Memang takde modal pun. Okey,enough.

Semalam cik Lisah Suriram tanya, dapat duit ke buat blog ni? Jawapan saya, tak. Tapi buat blog memang boleh menjana duit pun. Kalau tak, tak wujud la Beautiful Nara.. Oh Bulan bintang bagai tu.. hehe. Cuma saya sambung berblog ni sebab suka-suka je. Tak minat nak buat duit sebab tak pandai. Berblog pun kadang kala dari handphone.. lain la kalau ada laptop macam dulu.. Boleh la buat apa yang patut.. Haha.. Sebab update post pun dari handphone, short entry boleh la saya post. Sebab tu kebanyakannya post yang merepek kerepek je. Harap maklum.

Okey la. Stop dulu. Wanita bekerjaya ni mau pulang.

Babai~




Jumaat, April 05, 2013

::Stok hujung minggu::

Hoyeah! Akhirnya yang di order telah tiba semalam. Suka.. suka.. ^_^

Nak je mula baca semalam tapi disebabkan banyak urusan rumah tangga yang belum selesai,maka hasrat untuk membuka balutan plastik novel tersebut terpaksa dilupakan. Esoklah mula. Baru boleh layan novel dengan tenang kalau baca di hari cuti kan.. hee.. Harap-harap takde cerita hindustan yang best besok. Haha.

Okey, nexttt novel yang dalam perancangan untuk dibuat koleksi ialah Playboy Itu Suami Aku, MLCA Vs. Gulai Kari dan Sebenarnya Saya Isteri Dia. Kalau novel last tu, dah lama ada kat pasaran tapi malas nak beli sebab mahal. Hee. Tapi sebab novel tu dah diadaptasi ke drama tv,tu yang rasa nak beli tu. Tengok bajetlah macam mana. Belom seminggu gaji pun ni tapi duit gaji dah tinggal separuh. Sabar je laa..

Okey la. Stop sini dulu.

Bye
Published with Blogger-droid v1.6.5