Ahad, April 14, 2013

::KNK::

Okey,malas nak edit pic tu. Upload terus je dari gallery. Lagipun pic novel je kan..

Last week cakap nak marathon tapi kesudahannya cuma baca Lelaki Ekslusif saja. Dan baru malam ni start baca Kisah Naz Dan Khaalish ni. Lepas pukul 8 malam tadi mula baca.. dan macam biasa la,selak mukasurat terakhir dulu sebab tak sabar nak tau ending. Hahaha

Kisah Naz & Khaalish.

Cerita ni tak jauh beza dari novel pertama Hanina Abdullah; Projek Memikat Suami. Tapi untuk novel kedua ni ada sedikit kelainan. Terasa macam baca I Love You,Stupid pula. Kisah Naz yang merantau jauh dari Malaysia.. sedikit sebanyak teringat pada watak Iris yang ke Kemboja. Hehe. Cuma bezanya Naz lebih lembut berbanding Iris yang berlagak diva dan keras kepala tu. Eh, eh.. kenapa pulak tercerita pasal I Love You Stupid ni.. ishh..

Okey,ulasan saya tentang novel ni dari sudut pandangan kecil saya yang tak pandai berkarya ni; Naz seorang pemaaf. Kalau saya ditempat Naz, susah juga nak maafkan Khaalish semudah tu. Dengan mummy Khaalish yang begitu,tak sanggup rasanya berhadapan dengan mertua macam tu. Saya tak kuat macam Naz. Tapi mujur mummy Khaalish dapat terima dan layan Naz dengan baik lepas dia kawin dengan Khaalish. Dan untuk watak Khaalish dalam novel kedua, rasanya dia jauh lebih baik dari watak Zahrain dalam PMS. At least Naz tak perlu atur strategi untuk pikat suami seperti Husna. Tak pening kepala saya fikir. Ehhh,motif kau nak pening,!x0r@? Hahaha.. biasalah.. saya ni mudah terpengaruh sikit dengan novel yang saya baca. Sebab tu saya benci sad ending. Nanti saya yang terikut-ikut emosi. Tu yang saya tak suka.

Secara keseluruhannya, novel ni santai dan tak memberatkan kepala. Saya tak pandai nak buat ringkasan tentang jalan cerita novel ni. Tak bestlah kalau saya cerita kat sini. Nanti takde orang pulak pegi beli novel penulis favorite saya ni. Hehe. Saya cuma nal buat ulasan tentang watak hero dan heroin dalam novel ni saja. Tapi satu pun tak terulas. Hahaha. Dari pemerhatian saya terhadap kedua-dua buah novel karya Hanina ni, watak heroin mesti seorang yang gila travel dan baik.hati punya. Hehe. Dan yang berusaha demi mempertahankan rumah tangga. Bagus. Cuma, kalau saya laa.. saya lari jauh-jauh je biar suami rasa menyesal.. So that they will appreciate what they have before. Saya tak mampu nak jadi seperti watak heroin dalam novel-novel tersebut. Bagi saya, saya berpegang pada prinsip; Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Habis cerita.

Hahaha.. ngantokk. Dah banyak typo ni. Adesss.

Nite!

Published with Blogger-droid v1.6.5

3 ulasan:

  1. aku teringin nak tau cerita ending saya sebenarnya isteri dia! yang kat tv3 tu..huhuu..tak sabar la nak kene tengok tiap minggu..malass..tapi suka..kalau hg rajin..bagitau la aku ending dia..nak suruh aku membaca?adoii..aku tak serajin hg..huhuu..

    BalasPadam
  2. Aku memang hantu novel.. tapi sayangnya, dalam banyak2 novel yg aku baca / ada, novel SSID je yg tak penah aku baca. hahaha..

    aku pn suruh adik aku bgtau ending dia cmna.... tp best la tgk kt tv setakat ni.. if nnt aku terbeli novel tu,aku cerita kt hg.

    btw, aku teringin sgt nk p pesta buku kt pwtc 27 April ni.. tp xda geng.

    BalasPadam
  3. Alaa..laling, sori sangat..aku kena interview budak2 nak masuk belajar 27 April tu.kalau tak aku nak ikut jugak..terpengaruh tengok cerita SSID di TV..sape ntah laki tu hensem gilaaa.Terus nak beli novel ok!huhuu..

    BalasPadam

Feel free to drop any comments! =]