Rupa-rupanya ada seribu satu kisah disebalik 3 hari yang telah berlalu sempena pesta buku di PWTC kali ni. Terkedu sesaat bila baca post lagi satu di wall MJ. Tak sangka ada kisah suka duka dan drama air mata gara-gara sebuah MyPi. Hebatnya penangan MJ.
Saya salah seorang dari ribuan peminat MJ telah ke PWTC pada hari Sabtu yang lepas. Niat saya cuma satu;ingin miliki MyPi. Soal tanda tangan, saya tolak ke tepi. Saya faham, mungkin sukar untuk saya dapatkan tanda tangan dari MJ pada hari tersebut. Jadi saya tak letak sebarang harapan. Kalau ada rezeki, saya mintalah tt MJ.. kalau takde pun takpe. Saya pun dah lama tak ke pesta buku.. lebih tepat lagi, dah lama tak jejakkan kaki ke pwtc. Jadi saya tak tahu luas mana bilik Melaka tu. Dan bila saya sampai ke sana, lokasi pertama saya tuju ialah bilik Melaka. Itu pun setelah bertanya pada sorang gadis petugas di level 2.. MasyaAllah, punyalah ramai umat manusia dalam bilik tu. Terus patah semangat saya nak beli novel. Sebab yang tengah beratur untuk membayar punyalah ramai. Tapi saya gagahkan diri masuk jugak ke dalam... Bersesak-sesak ke rak mencari MyPi tapi alangkah kecewanya hati melihat MyPi tiada dirak. Lama saya berdiri di situ.. separuh hati menyuruh saya terus pulang dan separuh hati menyuruh saya berjalan-jalan ke booth lain. Dalam bersesak-sesak tu, sempatlah jua saya snap pic MJ yang tengah sibuk sign untuk peminatnya.. tapi snap dari jauh la. Mujur hp boleh zoom. Heh. Tak dapat nak beli dan minta MJ sign novel untuk saya pun, sekurang-kurangnya saya ada la gambar MJ secara live. Almaklumlah ini kali pertama saya melihat MJ di depan mata. Rasa teruja jugak. Hehe
Melihatkan lautan manusia di dalam bilik Melaka yang tak berkurang, saya ajak sahabat saya keluar dari situ. Tak sanggup nak tunggu lama.. sebab saya tak tahan panas.. sudah la belum sarapan dan makan tengahari, risau saya pitam je kat situ. Masuk Sogo dulu pun penah hampir nak pitam, ini kan pula dalam bilik yang padat dengan manusia ni. Jadinya saya terus keluar dan kami menuju ke level 2 kalau tak silap. Kami ke booth Fajar Pakeer dan sebagai kenangan bersusah payah datang ke sini, saya sambar jugak 2 buah novel di situ. Sebenarnya Saya Isteri Dia (saya beli sebab sahabat saya nak tau jalan ceritanya.ok,tunggu aku habis baca dulu Sham.nanti aku cerita kat hg.haha) dan sebuah lagi Bila Blogger Jadi Maid terbitan FP. Saya terjumpa blog Zati Mohd minggu lepas secara tak sengaja.. jadi saya tahu dia ada keluarkan sebuah novel. Belum sempat baca kat blog dia,terus je saya beli BBJM. Hehe. Ada diskaun 20% untuk novel tersebut. Kira ok lah tu. Lagipun booth FP takdelah ramai sangat.. saya beratur pun takde la lama mana.. cuma sayangnya saya takde beli novel Superbike Itu Cinta. Kalau tak, dah boleh suruh novelis dia kasi autograph sebab saya lepak belakang novelis dia je lepas bayar novel tadi. Haha. Rugi, rugi.
Lepas itu,saya dan sahabat saya turun ke bawah pula.. menuju ke booth Karangkraf. Ehh, rasanya saya ke booth Karangkraf dulu baru saya naik ke atas ke booth FP. Heh. Dah lupa.. sebab main redah je. Bagus Karangkraf sebab buat dalam hall.. jadi,tak la sesak sangat. Selesa pun selesa. Mungkin Karya Seni harus sewa hall lepas ni agar peminat novel KS dan penulis novel pun sama-sama dalam keadaan selesa. Lepas turun dari booth FP, saya ke hall bawah yang ada Popular. Sebab mencari novel Playboy Itu Suami Aku?! dan petugas booth FP bagitau novel tu hanya dijual melalui Popular sahaja di bawah. Itu yang terus mencari Popular. Sambar PISA dan sebuah buku resepi masakan 1 Hari 1 Resepi gara-gara terpengaruh dengan teaser Cinta Itu Indah hasil karya cik Shiroe Sherry. Haha. Langsung tak plan nak beli buku resepi tapi entah macam mana boleh sambar dan bayar. Mujur ada diskaun 20% jugak sebab saya ahli kad Popular.
Melihatkan jam yang dah menginjak ke pukul 3, saya dah terasa lapar. Dan sedikit kecewa sebab tak dapat MyPi, saya ajak sahabat saya melawat bilik Melaka buat kali terakhir sebelum pulang. Manalah tahu ada rezeki, orang tak ramai ke.. ada la peluang masuk semula ke dalam. Alhamdulillah, bersinar mata saya melihat ada MyPi di rak novel. Lantas sahabat saya menyuruh saya beratur di barisan untuk membayar dan dia pegi ke rak mencapai MyPi. Malangnya orang terlalu ramai sehingga saya tak tahu barisan mana yang patut saya berdiri. Lantas saya menuju ke arah sahabat saya semula. Dia hulurkan MyPi kepada saya. Alang-alang dah berjaya pegang MyPi, saya ke rak sebelah dan terus menyambar sebuah novel terbaru Syamnuriezmil. Terus beratur untuk membayar tapi kesudahannya saya serah novel saya kepada sahabat saya sebab barisan yang dia berdiri dah makin hampir ke kaunter bayaran sedangkan barisan saya berdiri dah jadi seperti bercabang dua sebab ramai potong queue. Sabar je laa. Saya minta dia tolong bayarkan dan saya keluar menunggu di luar. Sahabat saya sanggup menemankan saya lagi jika saya mahu beratur untuk mendapatkan tanda tangan MJ tapi saya tolak. Cukuplah dia rela hati menemani saya ke pesta buku kali ni.. dan rela menunggu saya membeli novel lain. Saya enggan susahkan dia untuk tunggu saya dapatkan tandatangan pula. Tak apalah. Saya tak kisah. Dah dapat beli MyPi pun dah rasa bertuah sangat.. sebab tak sangka ada lagi orang lain yang langsung tak dapat beli MyPi. Jadi, saya bersyukur sangat.. nyaris pulang dengan tangan kosong sebenarnya tapi tak sangka ada rezeki saya kali ni. Di KS, setiap novel ada diskaun sebanyak RM5. Not bad.
Hasil dari pesta buku ni,dapatlah 5 buah novel dan sebuah buku masakan. Nak cari buku ilmiah lain tapi perut dah meragam kelaparan. Jadi,saya buat keputusan untuk pulang. Sempat singgah KL Sentral untuk makan di Secret Recipe.
Jujur saya katakan, saya serik untuk ke pesta buku lagi. Haha. Saya rela order online sahaja lepas ni. Tak sanggup bersesak dalam lautan manusia sebenarnya. Saya anggap ini salah satu pengalaman saya. Bila membaca post MJ siang tadi, sungguh saya rasa terharu dan bersyukur. Sedih dan geram semua ada. Terharu sebab dapat jejakkan kaki ke PWTC.. bersyukur sebab saya dapat memiliki MyPi akhirnya. Bersyukur sebab 'lawatan' kali ke-2 saya, MyPi tersedia dirak. Sedih dan geram sebab masih ada manusia lain yang tidak cuba memahami keadaan MJ yang penat melayan peminat dari pagi hingga ke petang. Beginilah agaknya yang dilalui oleh artis popular.. Ohh, betapa susahnya menjadi popular! Sungguh saya tak sanggup.
Inilah kisah pencarian MyPi saya. Masih berbalut kemas dalam plastik lagi. Mungkin saya akan baca hujung minggu nanti atau mungkin lusa sebab ada cuti Hari Buruh. Tengok pada mood. Saya mahu hayati MyPi jadi saya tak mahu terburu-buru membacanya. Tahniah kepada MJ sebab berjaya hasilkan karya yang hebat hingga mencetus fenomena dikalangan peminat novel. Aura ILYS sangat kuat hingga ramai yang menanti MyPi keluar dipasaran. Saya tak berani komen lebih lanjut sebab saya sendiri belum baca MyPi tetapi dari sedutan part 1 hingga part 5 yang saya baca, ianya agak menarik. Nanti dah habis fenomena MyPi saya kongsi bersama ya sinopsisnya. Heh.
Maaf terpanjang pula. Kepala sakit berdenyut tahap petala dan tekak loya-loya tahap nak termuntah dah tapi tangan masih gigih menaip. Hasilnya, entri yang ditaip sejak pukul 9 malam tadi akhirnya bakal saya akhiri sekitar 11.33 malam. Hahaha. Gila panjang,kan?
Sekian dulu hasil coretan saya tentang MyPi.
Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Feel free to drop any comments! =]