Jadi,kesimpulannya..mohon jangan post status yang meroyan sangat la dalam facebook. Sebab of course la orang akan baca walaupun orang tak komen. Tu semua tak jadi masalah sebenarnya.. terharu lagi ada la sebab bila orang like status kita, sekurang-kurangnya kita tau dia sudi baca apa yang kita tulis. Kan?;)
Oh,ya petang tadi myBigBoss tegur lagi! Dia larang saya minum manis-manis. Haish. Bos ni... Takkan la kena minum air kosong kot untuk tea time? Tak rock la. Huh.
Tengah nak letak gula dalam mug, bos tegur;
"you makan gula lagi?"
"Errr.. eh,tak laa.." sambil terus mengacau gula dalam mug berisi air teh.
Dan bos start bebel.. jangan minum manis-manis la.. you banyak kurus la.. bla.. bla.. Haih. Potong mood nak minum teh panas time hujan petang tadi. Tapi saya peduli hapa.. dah terbancuh dah..takkan nak buang pulak. Kesudahannya saya teruskan minum teh o panas tu sambil makan waffle yang beli masa keluar lunch kat giant tadi. Mujur jugak bos dah balik rumah time tu. Haha.
Esok mesti saya fikir dua kali nak tea time ke tidak. Alahai. Sebelum-sebelum ni pun dah banyak kali kena tegur dengan bos sebab selalu minum teh ais pagi-pagi. Dulu hantu neslo. Tetiap pagi je mesti order neslo dari kedai belakang dan minum. Lepas kerap sangat sakit kepala,stop minum neslo dan try minum teh ais pulak pagi-pagi. Time tu tengah 'pantang' dari minum milo. Terpaksa la ajar tekak minum teh ais pagi-pagi. Then,bos lalu depan meja nampak bungkusan teh ais tu,terus dia bebel tak bagi minum. Tak pasal-pasal kena sorok air kalau dia masuk ofis. Haha. Tapi sekarang ni selamba je minum milo ais pagi-pagi. Takde pulak bos bagi pesanan penaja setakat ni. Dah lama dia tak tegur bab-bab minum ni,baru petang tadi dia start balik larang minum minuman manis-manis. Huwaa.. sadis!
Harap esok boleh sampai awal la ke ofis. Bukan boleh caya sangat saya ni.. kadang lagi 10 min pukul 9 pagi,baru terhegeh-hegeh nak sampai KJ. Hahaha. Macam laa ada share dalam company tu datang lambat manjang. Heee. Agaknya dah berbakul kena kutuk dengan kawan ofis sebab asyik datang lambat je. Hmm.. maaf,ya kawan-kawan. Saya insan yang lemah. Uhuhu.
Sekian repekan hari ni. Harap-harap.petang esok tak hujan la. Hee.
Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Feel free to drop any comments! =]