Aduh, lambatnya nak tunggu hujung bulan!
Demi My Precious Iris saya tekad nak pegi PBAKL kali ni. Lagipun tak pasti bila Karya Seni akan buka order online untuk novel ni. Sangat-sangat tak sabar nak memiliki MyPi. Novel lain saya sanggup tunggu tapi tidak untuk MyPi.
Kenapa saya nak sangat beli novel ni?
Pertama, sebab novel ni adalah kesinambungan dari novel kedua karya Melur Jelita iaitu I Love You, Stupid!.
Kedua, sebab saya nak sangat tahu sama ada Iris dapat berkahwin dengan Firman atau pun tidak.
Ketiga, sebab novel ILYS yang lepas telah bawa saya mengembara ke Kemboja secara tak langsung.
Keempat, sebab novel ni lain dari yang lain. Hanya orang yang baca ILYS sahaja akan tahu apa yang lainnya dengan novel ni.
Kelima, lepas tengok you tube untuk Trailer MyPi kejap tadi hati saya melonjak-lonjak ingin tahu siapa Harris. Dari video ni saya seperti merasakan Firman dan Iris bakal menempuh dugaan yang lebih besar lepas ni.
Aduhhh! Tengok video ni pun dah rasa nak menangis. Tak pastilah sebab lagu Aizat yang sedih dan mendayu-dayu tu ke.. atau sebab hati saya rasa Iris dan Firman tak sempat nak kawin.
Hurmm.. banyak sangat persoalan..
Secara jujurnya saya sangat kagum dengan kak Melur Jelita sebab berjaya hasilkan novel yang sangat-sangat hebat seperti ini. ILYS adalah novel pertama saya beli dan terus jatuh cinta. Lepas tu baru saya beli Awak Suka Saya Tak? Dulu pandang gitu-gitu je kalau masuk Popular. Hee. Sebab saya tak minat sangat novel tebal-tebal yang berharga lebih dari RM30 ni. Maaf kalau saya katakan saya tersalah menghakimi novel tersebut. Saya ingatkan kisah cinta biasa.. lepas tu cover novel tu tak menarik perhatian saya. Maaf sekali lagi. Saya bukan bermaksud nak cakap cover tu tak cantik tapi kurang menggoda minat saya untuk membeli. Hehehe. Tapi lepas dah baca, hah,amik kau! Best!
Jadi, jangan pandang sebelah mata hasil tulisan kak Melur ni.. Tapi novel paling saya suka tetap ILYS la. Kalau tak, takde la saya beriya nak tunggu MyPi ni.. sampai dah tahap angau dah ni.. tak kisah la berapa harga novel tu kali ni, saya dah bertekad nak beli. Harap-harap bawah RM40 dan jangan tebal sangat. Haha. Memang best kalau tebal tapi untuk saya, bila novel tu tebal sangat saya susah nak pegang dan baca. Dah la saya suka baca sambil baring..harus kemek hidung kalau kena hempap dengan novel tu nanti. Hahaha.
Untuk yang tak pernah baca hasil karya Melur Jelita, boleh la ke blog beliau. Link ada kat tepi blog saya ni. Dalam banyak-banyak novel yang saya pernah baca, hanya novel dari Melur Jelita je yang penuh dengan pengisian. Bukan sebab saya minat ILYS maka saya nak puji melambung novel Melur Jelita. Takkkk. Novel orang lain best dengan cara mereka tersendiri. Tapi novel Melur Jelita ni beri kesan mendalam pada saya. Kalau dalam ASST, saya baru terfikir satu perkara. Kenapa majoriti orang Melayu akan beri kasut dan al-Quran sebagai hantaran? Dah tu letak dalam dulang.. ermm.. perlu ke letak kasut dan al Quran sama-sama? Ok,maksud saya dalam dulang berlainan tapi still sama level jugak kan dulang hantaran tu. Mungkin kalau saya ada rezeki untuk berkahwin nanti, saya takkan beri kasut sebagai barang hantaran.
Kalau dalam ILYS pulak, saya terasa seperti di bawa mengembara ke Kemboja secara tak langsung. Mengenal Islam.. mengenal jati diri.. banyak yang saya dapat dari novel ni.
Moga-moga MyPi juga dapat memberi satu pengalaman pembacaan yang terindah nanti. :)
Ok,times up!
Byeeee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Feel free to drop any comments! =]