Khamis, Februari 21, 2008

Dunia Baruku!

Mission accomplished! akhirnya berjaya gak aku g tgk Dunia Baru The Movie tu kt Sunway Pyramid ptg td. Memang best gile la dan aku bagi 4 bintang stengah utk filem ni. Lg stengah tak dapat aku kasik pasal aku masuk pawagam lambat seploh minit. kih3. Jd, aku tatau starting cite ni cmne.

Aku ingat nk apdet kt worpdress je tapi cam malas lak. Ilang mood la mgkn sbb td bizi layan kenkawan kt YM kot td. Aku sbenarnya mmg malas nk masuk YM. Kalo takde org free, sekor pn takde nk borak ngn aku. Tapi bila ada, sampai dua tiga pat org sekaligus tego aku. Mana sempat nk layan. Tak layan, dah mmg kawan aku pn. Kalo stranger ke, mmg aku takkan layan la. Aku prefer maksimum dua org je utk borak2 kt YM atau kt mana2 tmpt chatting lg. Aku tak leh layan ramai2 nnt aku pening n tak sempat nk balas. Tu pasal kadang2 aku jarang loginYM aku. Sebab aku malas chat sebenarnya.

Aiseh, merapu ke sini plak! Aku pn taktau mana satu motif aku taip entri ni. hahaha. Abaikan je la. Da doblas stengah la. Aku pn da ngantuk. k, papai!

Khamis, Februari 14, 2008

Bila awan hitam memayungi hariku

Hari ni mungkin hari yang paling 'blue' untuk aku.

Kenapalah aku tak sekeras mereka? Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif untuk suatu perkara kecil sekalipun.

Terima kasih pada yang memberi semangat pada aku. Aku sedar, tak semua orang sukakan kita dan boleh terima cara kita. Aku cuma manusia biasa yang kadang kala tak sedar bahawa aku telah melakukan kesalahan.

Aku tahu ramai yang sangkakan aku sedang kecewa kerana cinta. CINTA? Aku tak pernah bercinta pun justeru macam mana aku nak kecewa dalam percintaan? Aku juga bukan kecewa kerana keputusan peperiksaan memandangkan keputusan peperiksaan aku dah lama keluar.

Ketahuilah bahawa aku sebenarnya bersedih atas suatu kejadian di alam maya ini. Aku anggap semua rakan yang aku kenali di alam maya ni baik-baik belaka. Jadi, bila ada salah seorang daripada mereka terguris kerana aku, aku sangat susah hati. Aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Aku cuma ingin berkawan dengan semua orang tanpa ada sebarang sengketa.

Andai aku ada menyakitkan hati sesiapa, jutaan kemaafan aku pohon untuk semua. Maafkan aku yang kadangkala lalai dan alpa ini. Semoga kita semua dapat bersahabat dengan gembira.

Wassalam.

Selasa, Februari 12, 2008

Baby,I'm back!

I'm still ALIVE,okay?! Just in case if you are wondering why I am not blogging on Wordpress. I just don't have a mood to update my story on there. I felt sorry to those who always visited my page but nothing much that I can do. I just upset with something. Hmm.. I don't know how to tell you. Just forget about it!

I'll see you later!

Adios.

Isnin, Februari 04, 2008

A Nightmare

Malam ni aku balik kampung. Rasa excited jugak plus takut. Yelah, seat depan sekali,beb! Dibuatnya eksiden ke hape ke.. mau parah aku. Uish, mintak simpang! Aku pn taktau kenapa aku suka sangat pikir bukan-bukan. Nak mati dah,kot..? Entah la. Kematian itu tetap akan berlaku tak kira aku naik apa pn. Jadi, tak payah la nak takut sangat.

Pagi tadi aku mimpi 'best'. Nasib baik bukan mimpi ditengah malam. Kalo tak,mau aku percaya je mimpi tu bulat2. heh. Aku mimpi ada budak lelaki ni jatuh dari tangga. Ibarat mcm turun tepi bukit yg tinggi. Dia tergelincir kot lalu tercampak ke hutan kecil tepi tangga tu. Lepas 2 hari baru mayatnya dijumpai. Yelah, sebab semak jadi orang yang lalu lalang mmg tak pasan pn dia tercampak ke situ. Bila orang nk angkat mayatnya, aku nampak budak tu siap berbalut ngn kain kapan. Tiba-tiba mayatnya bangun lalu terurai dari kain kapan tu. Paling sadis bila mayat tu menuju ke arah aku. Aku duduk dikelompok yang ramai dalam sebuah rumah kalau tak silap. Masing-masing memang takut dan cuba untuk tidak memandang mayat tu. Mereka semua tak lari sebab tanak mayat tu kejar. Aku pn buat2 pandang tempat lain tapi malangnya dia datang ke arah aku lalu tunduk. Dia ada cakap sesuatu tapi aku tak ingat apa. Aku tahan nafas waktu tu sebab takut dan sebab tanak terhidu bau busuk mayat tu. Aku tak pasti pn busuk ke tak dalam mimpi tu. Aku cuma andaikan sendiri sebab dah dua hari dia mati. Mestilah mayatnya berbau. Lepas tu aku terjaga dari tidur.

Aku cuba pikir kenapa aku bermimpi macam tu. Masih terbayang kat mata aku masa orang nak usung dia ke atas, dia memang siap berbungkus dengan kain kapan/putih. Hmm,mainan syaitan agaknya sebab aku asyik pikir bukan2 kot. Aku tau, aku tak patut ceritakan pasal mimpi aku. Aku harap takde rakan2 bloggers dr WP yg baca post aku ni.

Jumpa lagi lepas raya cina ni. Tu pun kalau umur aku panjang la. papai.