Khamis, Februari 14, 2008

Bila awan hitam memayungi hariku

Hari ni mungkin hari yang paling 'blue' untuk aku.

Kenapalah aku tak sekeras mereka? Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku sangat sensitif untuk suatu perkara kecil sekalipun.

Terima kasih pada yang memberi semangat pada aku. Aku sedar, tak semua orang sukakan kita dan boleh terima cara kita. Aku cuma manusia biasa yang kadang kala tak sedar bahawa aku telah melakukan kesalahan.

Aku tahu ramai yang sangkakan aku sedang kecewa kerana cinta. CINTA? Aku tak pernah bercinta pun justeru macam mana aku nak kecewa dalam percintaan? Aku juga bukan kecewa kerana keputusan peperiksaan memandangkan keputusan peperiksaan aku dah lama keluar.

Ketahuilah bahawa aku sebenarnya bersedih atas suatu kejadian di alam maya ini. Aku anggap semua rakan yang aku kenali di alam maya ni baik-baik belaka. Jadi, bila ada salah seorang daripada mereka terguris kerana aku, aku sangat susah hati. Aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Aku cuma ingin berkawan dengan semua orang tanpa ada sebarang sengketa.

Andai aku ada menyakitkan hati sesiapa, jutaan kemaafan aku pohon untuk semua. Maafkan aku yang kadangkala lalai dan alpa ini. Semoga kita semua dapat bersahabat dengan gembira.

Wassalam.

4 ulasan:

  1. wow~
    tak semua kwn di alam maya ni baek2,
    ada yg pura2 jerk,,
    so pandai2 le carik kwn yerp~

    BalasPadam
  2. itulah.. kadang manusia ni susah nk ramal hati budi mereka. harap2 akak jumpa dgn org yg baik2 je(mcm kamu) =P

    anyway,thanks ek!

    BalasPadam
  3. first time wa lepak sini..
    pergi la pulak blog loque ya!

    BalasPadam
  4. setiap org melakukan kesilapan wak, yg penting camne kita nak teruskan kehidupan dengan lebih baik elepas kesilapan yg kita lakukan tu..:)belajar darinya..smoga ketemu cinta sejati kenal,amin...*smile

    BalasPadam

Feel free to drop any comments! =]