Isnin, Februari 04, 2008

A Nightmare

Malam ni aku balik kampung. Rasa excited jugak plus takut. Yelah, seat depan sekali,beb! Dibuatnya eksiden ke hape ke.. mau parah aku. Uish, mintak simpang! Aku pn taktau kenapa aku suka sangat pikir bukan-bukan. Nak mati dah,kot..? Entah la. Kematian itu tetap akan berlaku tak kira aku naik apa pn. Jadi, tak payah la nak takut sangat.

Pagi tadi aku mimpi 'best'. Nasib baik bukan mimpi ditengah malam. Kalo tak,mau aku percaya je mimpi tu bulat2. heh. Aku mimpi ada budak lelaki ni jatuh dari tangga. Ibarat mcm turun tepi bukit yg tinggi. Dia tergelincir kot lalu tercampak ke hutan kecil tepi tangga tu. Lepas 2 hari baru mayatnya dijumpai. Yelah, sebab semak jadi orang yang lalu lalang mmg tak pasan pn dia tercampak ke situ. Bila orang nk angkat mayatnya, aku nampak budak tu siap berbalut ngn kain kapan. Tiba-tiba mayatnya bangun lalu terurai dari kain kapan tu. Paling sadis bila mayat tu menuju ke arah aku. Aku duduk dikelompok yang ramai dalam sebuah rumah kalau tak silap. Masing-masing memang takut dan cuba untuk tidak memandang mayat tu. Mereka semua tak lari sebab tanak mayat tu kejar. Aku pn buat2 pandang tempat lain tapi malangnya dia datang ke arah aku lalu tunduk. Dia ada cakap sesuatu tapi aku tak ingat apa. Aku tahan nafas waktu tu sebab takut dan sebab tanak terhidu bau busuk mayat tu. Aku tak pasti pn busuk ke tak dalam mimpi tu. Aku cuma andaikan sendiri sebab dah dua hari dia mati. Mestilah mayatnya berbau. Lepas tu aku terjaga dari tidur.

Aku cuba pikir kenapa aku bermimpi macam tu. Masih terbayang kat mata aku masa orang nak usung dia ke atas, dia memang siap berbungkus dengan kain kapan/putih. Hmm,mainan syaitan agaknya sebab aku asyik pikir bukan2 kot. Aku tau, aku tak patut ceritakan pasal mimpi aku. Aku harap takde rakan2 bloggers dr WP yg baca post aku ni.

Jumpa lagi lepas raya cina ni. Tu pun kalau umur aku panjang la. papai.

1 ulasan:

  1. woah..
    seram gak cite ni..

    kalo saye mimpi cmni,mesti ble bgn pucat lesi je muka..pastu duk t'pk bebape ari..hehe

    BalasPadam

Feel free to drop any comments! =]