Jumaat, September 06, 2013

::Novel.. novel.. dan novel lagi!::


Bulan September ni saja, dah empat novel sampai. Semua ni saya pre-order lepas raya aritu. Dan semalam last novel yang saya order tu dah selamat saya terima.Yang bestnya, tiga buah novel ada tandatangan penulisnya tau. hehe.

Bila datang angin nak baca novel, beginilah jadinya. Beli, beli dan beli. Tak dapat beli online, saya akan pegi cari kat Popular. Hehehe. Susah kalau dah jadi hantu novel ni.

Kira punya kira, bilangan novel yang saya ada sekarang tak banyak mana pun. Ada la dalam lingkungan lima puluh buah camtu. Dan ya, semuanya novel cintan cintunlah. Hehe. Saya tak ada novel berbahasa Inggeris atau novel islamik seperti Ayat-ayat Cinta tu. Tak minat novel Inggeris sebab tak faham ayat-ayat yang digunakan. Tapi buku cerita berbahasa Inggeris ada la. Siap beli dua tiga buah lagi buat koleksi. Buku macam tu saya suka sebab ayatnya ringkas dan senang faham maknanya. Kalau ada satu dua patah perkataan yang saya tak faham pun, saya tak keberatan selak kamus. Tapi kalau dah berpatah-patah perkataan saya tak faham, haruslah tak ada mood nak baca. Seperti contoh buku Oliver Twist yang dah bertahun masih pada muka surat pertama je. Hahahaha.

Lain orang lain minatnya kan. Memandangkan saya beli novel-novel ni dengan titik peluh saya sendiri, saya tak suka nak beri orang pinjam novel saya. Saya dah serik. Bukan satu dua novel saya yang hilang tapi sampai empat lima buah. Siapa yang tak terkilan kan.. Sedih sangat-sangat sebab novel tu semua saya beli guna duit sendiri masa sekolah dulu. Guna duit biasiswalah, apa lagi. Duit belanja yang mak bagi tu cukup-cukup untuk tambang bas dan makan je. Sebab tu la saya rasa sedih dan kecewa bila novel tu dipinjam tapi tak dipulangkan semula walaupun dah diminta. Pinjam tanpa kebenaran, okey?. Bukan minta izin dengan saya pun. Geram. Tapi nak buat macam mana. Dah bertahun pun hilang. Redha aje la.

Terlepas geram pulak. Hihihi. Astaghfirullahal'azim. Tunang adik dok bergurau cakap nak pinjam bagai, awal-awal lagi saya dah 'reject'. Kawan baik saya pun saya tak pernah offer suruh baca, inikan pulak nak bagi orang lain baca. Memang tak lah. Hehe.

Sekian dulu buat masa. Ada masa kita jumpa lagi ye :)
Published with Blogger-droid v1.6.5

Isnin, September 02, 2013

::Muntah?!::

Ya, kadang-kadang aku sendiri rasa nak muntah dengan apa yang aku taip. Sebab tu la aku dah jarang nak update blog ni. Lagipun update dari hp tak best macam update dari pc (seperti sekarang ni).

Maaf kalau ada sesiapa tersesat ke sini dan rasa loya baca apa yang aku post. Biasalah, kadang-kadang ada benda yang awak taknak kongsi dengan kawan rapat. Jadi, blog adalah medium terbaik untuk meluah perasaan. Hehe.

Nampaknya plan nak istiqomah berblog dah ke laut. Hahaha. *sigh*