Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Sabtu, September 20, 2014

::Dia..Cinta Yang KuCari::

This is not about novel's review. Err..okey, part of!



Blom habis baca keseluruhan novel lagi. Awal-awal lagi dah lompat baca ending dulu. Hee.. Tapi part intro dah penah follow kat blog dulu. Dan part tengah-tengah pun dah baca sampai ke ending. Hehe.

Novel ni 'berat'. Itu pendapat saya.

Kisah antara Luthfiya dan Fareed. Dan watak sampingan ialah Luthfina (kakak Luthfiya) dan Palee (adik Payeed). Kaxx (kawan Payeed) dan keluarga mereka.

Bukan novel kisah cinta biasa tapi lebih kepada mencari cinta yang abadi. Luth yang sabar membimbing Payeed; si suami yang ego dan sedang mencari landasan menuju ke jalan yang terang. Perghh! Terskema la pulak.

Kisah watak heroin yang terlalu baik sampai sanggup menelan segala penderitaan. Jujur cakap, saya tak mampu jadi seperti Luth yang sabar dan tenang bila berhadapan dengan Payeed. Ya, Payeed tak jahat. Cuma bila Payeed tahu tentang parut di muka Luth, terus dia nak berpisah dengan isteri dia. Tak ke melampau? Mulanya tak boleh nak bayangkan parut tu kat muka Luth walau dia bertudung..takkan la orang tak nampak langsung? Lainlah kalau dia berpurdah. Tertanya-tanya jugak macam mana Luth belit selendang dia sampai boleh tutup parut di muka dia. Tapi saya boleh bayangkan rupa parut tu macam mana sebab adik lelaki ada parut yang sama dekat paha. Lagi panjang pulak tu. Kalau pandang lama-lama memang geli jugaklah sebat sebijik rupa macam lipan bara. Jadi saya faham perasaan Payeed saat dia tahu rahsia Luth tu. Ermm, mungkin tindakan dia untuk berpisah dengan Luth saat selesai akad nikah adalah keputusan yang tepat kot. Okey,tiba-tiba rasa setuju dengan Payeed! Ehh??!! Tadi rasa nak lempang Payeed laju-laju..sekarang ubah fikiran la pulak.

Saat bila Payeed kemalangan dan lumpuh kedua belah kaki, Luth begitu sabar dan setia di sisi Payeed walau berbakul kata-kata kesat yang dia terima. Kalau saya jadi Luth, saya dah angkat kaki dan tinggalkan Payeed lama dah. Prinsip saya, pinggan tak retak nasi tak dingin. Tak pun mengadu aje la kat mama dia or mummy. Bukannya takde orang ambil berat pasal Luth pun. Tapi si Luth ni nak jugak pendam sorang-sorang sampai jatuh pengsan. Mujur jugaklah si Payeed ni baru tersedar dia cintakan wife dia masa tu.. Kalau si Luth ni tak masuk hospital masa tu agaknya Payeed masih dengan ego dan keras kepala dia kot. Huh! Emo la baca novel ni walaupun happy ending. Haha.

Banyak pengajaran dan nilai murni yang kita boleh dapat dari novel ni sebenarnya. Sabar. Redha. Berdoa dan berusaha. Jaga aib orang terutama aib suami walau suami perangai macam hantu. Haha. Memaafkan kesalahan orang dan tak berdendam. Bersangka baik. Dan sewaktu dengannya.

Tapi sekali lagi saya tegaskan, saya tak mampu dan tak boleh jadi macam Luth. Terlebih bersabar je walau apa Fina buat kat dia dan walau apa Payeed kata kat dia waktu dia jaga suami dia tengah lumpuh tu. Huiii.. Tak mampu! Harus ada yang pindah rumah jugak nanti. Tak kuasa nak mengadap dua makhluk yang sakit jiwa macam diorang berdua tu. Itu kalau saya jadi Luth la.. Hahaha..

Hidup ni tak lama. Luth dan Payeed sama-sama salah. Cuba berterus terang je dari awal. Mesti tak jadi salah faham sampai melarat ke cerai berai. Masing-masing suka buat andaian sendiri. Sakit pulak hati ni baca.. Redha sangat sampai tak sedar siapa nama bakal suami? Hai laa.. Dan si Payeed pulak cuba tanya dengan jelas nak Luth teruskan apa masa lepas abah dia lempang tu. Tak pasal-pasal dia ingat wife dia setuju berpisah. Hishh. Mujur jugak la novel ni happy ending. Kalau sad ending mau saya bakar novel ni. Hehehe.

Saya cadangkan untuk beli novel ni. Bukan novel cinta biasa yang selalu kita jumpa tapi lain. Novel yang mendidik jiwa kita secara tak langsung tentang nikmat Allah yang perlu kita hargai dan syukuri. Dan walau siapa pun seseorang tu di masa silam, masih ada ruang untuk dia berubah jadi baik dan kenal Tuhan.

Dia..Cinta Yang Kucari karya Rehan Makhtar. Keluaran Karya Seni. Beli online ada diskaun RM3. Hehe.

Kbyee!

Jumaat, September 06, 2013

::Novel.. novel.. dan novel lagi!::


Bulan September ni saja, dah empat novel sampai. Semua ni saya pre-order lepas raya aritu. Dan semalam last novel yang saya order tu dah selamat saya terima.Yang bestnya, tiga buah novel ada tandatangan penulisnya tau. hehe.

Bila datang angin nak baca novel, beginilah jadinya. Beli, beli dan beli. Tak dapat beli online, saya akan pegi cari kat Popular. Hehehe. Susah kalau dah jadi hantu novel ni.

Kira punya kira, bilangan novel yang saya ada sekarang tak banyak mana pun. Ada la dalam lingkungan lima puluh buah camtu. Dan ya, semuanya novel cintan cintunlah. Hehe. Saya tak ada novel berbahasa Inggeris atau novel islamik seperti Ayat-ayat Cinta tu. Tak minat novel Inggeris sebab tak faham ayat-ayat yang digunakan. Tapi buku cerita berbahasa Inggeris ada la. Siap beli dua tiga buah lagi buat koleksi. Buku macam tu saya suka sebab ayatnya ringkas dan senang faham maknanya. Kalau ada satu dua patah perkataan yang saya tak faham pun, saya tak keberatan selak kamus. Tapi kalau dah berpatah-patah perkataan saya tak faham, haruslah tak ada mood nak baca. Seperti contoh buku Oliver Twist yang dah bertahun masih pada muka surat pertama je. Hahahaha.

Lain orang lain minatnya kan. Memandangkan saya beli novel-novel ni dengan titik peluh saya sendiri, saya tak suka nak beri orang pinjam novel saya. Saya dah serik. Bukan satu dua novel saya yang hilang tapi sampai empat lima buah. Siapa yang tak terkilan kan.. Sedih sangat-sangat sebab novel tu semua saya beli guna duit sendiri masa sekolah dulu. Guna duit biasiswalah, apa lagi. Duit belanja yang mak bagi tu cukup-cukup untuk tambang bas dan makan je. Sebab tu la saya rasa sedih dan kecewa bila novel tu dipinjam tapi tak dipulangkan semula walaupun dah diminta. Pinjam tanpa kebenaran, okey?. Bukan minta izin dengan saya pun. Geram. Tapi nak buat macam mana. Dah bertahun pun hilang. Redha aje la.

Terlepas geram pulak. Hihihi. Astaghfirullahal'azim. Tunang adik dok bergurau cakap nak pinjam bagai, awal-awal lagi saya dah 'reject'. Kawan baik saya pun saya tak pernah offer suruh baca, inikan pulak nak bagi orang lain baca. Memang tak lah. Hehe.

Sekian dulu buat masa. Ada masa kita jumpa lagi ye :)
Published with Blogger-droid v1.6.5

Khamis, Mac 28, 2013

::Teruja!::

Wah,Lelaki Ekslusif dah ada kat pasaran ke?! Alahai,kenapalah boleh tak tahu ni..

Harus book online besok. Ngeee.. mujur tak sampai RM20 jadi boleh la beli. Hihi. Teruja. Sangat sangat teruja.

Lelaki Ekslusif ada tajuk sebuah novel yang saya follow di penulisan2u selama ni. Best. Baru baca beberapa bab pertama pun dah jatuh cinta pada novel tu. Tak sabar nak baca. Hee.

Ok,cepat tidur. Nanti cepat bangun dan cepat boleh pegi ofis dan order novel tu online..ngehehe.

Good night,people!;)
Published with Blogger-droid v1.6.5