Jumaat, September 28, 2012

::Outdated post::

Gila! Arini aku berbuka dengan nestea dan french fries je. Burger aku bawak balik tapi sampai sekarang tak terusik lagi. Kebarangkalian burger tu masuk tong sampah agak tinggi. Astaghfirullahalazim..
Harap-harap sahur nanti aku senang bangun dan ada selera untuk makan.. Kalau tak,haru aku esok. Silap haribulan belum pukul 3 petang aku dah 'lembik'. Haha.

Isnin, Julai 23, 2012

::Salam 2 Ramadhan::

Ok,salam 1 Ramadhan untuk diri saya.*sigh*

Rasa tak percaya dah masuk bulan puasa. Macam baru je sambut puasa..tup-tup dah masuk bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan?

Tahun ni mungkin saya takkan bercuti lama kat kampung. Saya plan nak cuti sampai Rabu je. Cuti saya dah habis rasanya. MC mungkin banyak lagi tapi malas la ambil mc..bukannya tengah sakit pun. Saya lebih excited nak pegi Langkawi berbanding nak sambut raya. Hehe. Maklumlah ni kali pertama nak pegi Langkawi. Nama je anak Kedah tapi Langkawi pun tak penah sampai. Huuu..

Bulan depan kena berjimat cermat ni.. Tapi dalam fikiran ni macam-macam nak beli. Tadi pegi Giant pun mata ni dah nampak macam-macam. Mujur tengah tak banyak duit..sabar je laa. Ikutkan hati teringin nak beli bekas isi kuih raya yang sekali dengan rak dia tu. Dalam lima puluh ke tujuh puluh ringgit jugak la. Hmm..bila la dapat beli ntah.. Bekas kuih raya kat kampung tu dah berpuluh tahun usianya. Sejak dari kakak saya belajar kat Uitm Merbuk lagi. Memang bekas tu masih elok tapi nak jugak beli bekas kuih yang baru..yang siap dalam bakul bertangkai tu. Tapi apakan daya saya belum mampu. InsyaAllah kalau ada duit lebih nanti saya beli la.

Saya cadang nak beli telekung untuk mak,Sarah dengan Mira. Kalau la gaji saya RM2000 sebulan kan bagus.. Teringin nak beli handbag untuk mak..nak beli kemeja dan jam tangan untuk abah. Haishh..macam-macam saya teringin nak beli untuk mak dan abah. Silap saya jugak sebab masih bertahan di Mybr ni. Gaji tak seberapa.. OT takde.. Kenaikan gaji pun takde. Bonus jauh sekali la. Cuma bos yang baik yang membuatkan saya masih bertahan di sini. Mana nak cari bos yang baik macam bos saya..yang tak penah tegur setiap kali saya lambat masuk ofis. Nak cuti pun senang..sms je kat bos. Bos baik tapi...

Saya berharap sangat saya dapat keja lain. Saya dah bosan keja 6 hari seminggu. Gaji pun tak naik. Nak tunggu lagi 10 tahun ke baru dapat cecah 2k? Haih. Merungut kat sini pun tak guna kan? Salah saya..salah saya.. :-(

Ahh,dah sentimental pulak! Tengah sedap-sedap cakap pasal bulan puasa tadi macan mana ntah boleh cakap pasal kerja...ishh.

Ok la. Saya undur diri dulu. Ada masa free saya coret lagi.

Wassalam..

::random posting::

Hebat! Minggu ni asyik balik lambat. Saya dah betul-betul jadi seperti wanita bekerjaya. hahaha

Teruja dapat tulis blog dari pc..hee.. sampai taktau nak update apa.Ahahaaha

Ok,dah pukul 8.30 malam tapi masih kat office. Biasalah, dah jadi macam habit pulak balik lambat padahal bukan dapat satu sen pun. Ya, offfice saya tiada OT tapi saya rela je balik lambat.. walau dah berkali-kali cuba balik tepat pukul 6 tapi selalu gagal. haha. Ada juga staf terlebih rajin macam saya kan? Huhu. Tapi yang sebenarnya saya tak la keseorangan. Biasanya berdua dengan kawan la. Kadang-kadang bertiga..

Sampai bila nak 'rajin' macam ni entah la. Saya penat jugak balik lambat ni tapi kadang-kadang malas nak balik awal. Balik awal pun bukan ada buat apa-apa.. tu yang dah terbiasa balik lambat kot. Takpe la. semantara masih single rider ni balik je laa pukul berapa yang saya suka kan.. heee

Ok, stop dulu. Nak continue edit next post. Ni autopost ni sebab aritu tak sempat nak habiskan taip post ni. haha.

Adios!

Rabu, Julai 11, 2012

Say hello to mobile blogging!

Finally I start back my blog. What a good feeling. Hee.

I have been stop blogging quite some times. I miss blogging. It is part of my life. I love to write because it give me a good feeling. Well,not everything happen in your life you can share my your family or friends. So,blog is a best place for me to share my story.

In couple of weeks we will celebrate Ramadhan. Alhamdulillah, i've just finished 'ganti puasa'. Hehe. Thanks to my lovely roommate for her support and also to my officemate who also together with me - fasting :)

I hope I can continue blogging. Consistenly I mean. Hee.

Till we meet again in next story.

Wassalam =)