Isnin, Julai 23, 2012

::Salam 2 Ramadhan::

Ok,salam 1 Ramadhan untuk diri saya.*sigh*

Rasa tak percaya dah masuk bulan puasa. Macam baru je sambut puasa..tup-tup dah masuk bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan?

Tahun ni mungkin saya takkan bercuti lama kat kampung. Saya plan nak cuti sampai Rabu je. Cuti saya dah habis rasanya. MC mungkin banyak lagi tapi malas la ambil mc..bukannya tengah sakit pun. Saya lebih excited nak pegi Langkawi berbanding nak sambut raya. Hehe. Maklumlah ni kali pertama nak pegi Langkawi. Nama je anak Kedah tapi Langkawi pun tak penah sampai. Huuu..

Bulan depan kena berjimat cermat ni.. Tapi dalam fikiran ni macam-macam nak beli. Tadi pegi Giant pun mata ni dah nampak macam-macam. Mujur tengah tak banyak duit..sabar je laa. Ikutkan hati teringin nak beli bekas isi kuih raya yang sekali dengan rak dia tu. Dalam lima puluh ke tujuh puluh ringgit jugak la. Hmm..bila la dapat beli ntah.. Bekas kuih raya kat kampung tu dah berpuluh tahun usianya. Sejak dari kakak saya belajar kat Uitm Merbuk lagi. Memang bekas tu masih elok tapi nak jugak beli bekas kuih yang baru..yang siap dalam bakul bertangkai tu. Tapi apakan daya saya belum mampu. InsyaAllah kalau ada duit lebih nanti saya beli la.

Saya cadang nak beli telekung untuk mak,Sarah dengan Mira. Kalau la gaji saya RM2000 sebulan kan bagus.. Teringin nak beli handbag untuk mak..nak beli kemeja dan jam tangan untuk abah. Haishh..macam-macam saya teringin nak beli untuk mak dan abah. Silap saya jugak sebab masih bertahan di Mybr ni. Gaji tak seberapa.. OT takde.. Kenaikan gaji pun takde. Bonus jauh sekali la. Cuma bos yang baik yang membuatkan saya masih bertahan di sini. Mana nak cari bos yang baik macam bos saya..yang tak penah tegur setiap kali saya lambat masuk ofis. Nak cuti pun senang..sms je kat bos. Bos baik tapi...

Saya berharap sangat saya dapat keja lain. Saya dah bosan keja 6 hari seminggu. Gaji pun tak naik. Nak tunggu lagi 10 tahun ke baru dapat cecah 2k? Haih. Merungut kat sini pun tak guna kan? Salah saya..salah saya.. :-(

Ahh,dah sentimental pulak! Tengah sedap-sedap cakap pasal bulan puasa tadi macan mana ntah boleh cakap pasal kerja...ishh.

Ok la. Saya undur diri dulu. Ada masa free saya coret lagi.

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to drop any comments! =]