Cam bangang je tajuk aku tu tp mmg la 'pembaziran yg tak dirancang' sebab aku rasa takda orang yg bercadang nk bazirkan sesuatu dlm hidup korang kan? Tak kira la bazir masa ke.. duit ke.. tenaga ke.. tapi yg aku tau hari ni aku mmg dah bazirkan masa+tenaga+duit aku. Shitt!!
Pagi ni ada OLT utk B.Com 2 jadi aku tak payah la pegi kelas sbb aku boleh OLT dr rumah terus. Best tau OLT ngn Ms. Ona tu.. huhu.. Group aku kata nk jumpa kt library lepas abes OLT jd aku terpaksa la keluar umah pegi Unitar tu. Memandangkan aku lambat sampai sana Lea terpaksa blk dulu sbb dia kena masuk keja plak ptg nnt. Penat je aku pegi! Ina mmg ada kt workstation pn tp aku malas nk naik ws maka aku pegi la merayau-rayau ke Giant dulu.Maka, bermulalah detik-detik pembaziran waktu+wang tanpa aku sedari.huhu.
Aku masuk Giant kononnya nk cari barang tp berjam-jam aku kt dlm tu aku tatau nk beli apa. Lepas tu sedar-sedar ujan da turun. Nk balik pn aku tak bawak payung masa keluar umah td. Jadi, nak tanak aku terpaksa la 'bersiar-siar' kt dlm Giant tu dulu. Bosan gila masa tu.. tatau nk beli apa. Last-last aku terbeli Lux Shower Cream sebotol dgn Cadbury Bytes. Hmm.. apa kejadah aku beli menda tu tatau la. Yelaa.. yg kt rumah banyak lg tp aku pegi bazirkan duit beli baru. Ekonomi aku da la tgh tak stabil ni. Arghhh!!!
Lepas keluar Giant aku masuk KFC utk isi perut. Aku benci KFC sebenarnya tp yg pasti minggu ni da byk kali aku masuk KFC. Huh, gila btol aku ni! Nak masuk Pizza Hut tak tergamak plak. Gila apa nk makan pizza sensorang. Uishh... rugi duit jek! Aku rasa aku la pelanggan yg paling lama duduk makan kt dlm KFC tu. Ah, lantaklah! Pedulik hapa aku.. aku bknnya tak beli apa-apa tapi beli la. Cam orang blur betol aku arini. Dh la mkn sensorang.. aku rasa ada la dekat satu jam aku kt situ. Nasib baik tak ramai customer. Kebetulan aku duduk mengadap ke arah kedai Sen Heng tu. Pastu aku ternampak drama 'Garlic N Onion' peberet aku tu tgh ditayangkan. Nmpk pn dr jauh je.. tatau episod arini pasal apa pn.
Malas nk duduk lama-lama(walhal mmg dh lama pn!) aku pn blah dr situ. Dlm nk blk rumah pn sempat lg singgah beli anting-anting a.k.a. subang. Pastu boleh pulak pegi beli tudung sehelai. Nyaris-nyaris nk beli 2 helai td. Aku mmg membazirkan duit je arini. Dh la tu, beli tudung kaler tak matching ngn baju. Nak buat apa ngn tudung tu?? Nk pakai ngn baju kaler apa?? Adoi, tension betol!! Aku nk cari kaler merah tp pegi beli kaler pink. Dh tu langsung tak matching ngn mana-mana baju pn. Aiyaaakkk!!!!
Esok dh hari Khamis. Aku ingat nk pegi jugak rumah kakak aku tu walaupun kerja aku banyak tak siap lagi. Tapi yg pasti aku takda mood nk join diorang pegi tgk wayang Jumaat ni. Mmg tak best pn duduk umah akak aku tu sbb duduk sana sama mcm aku duduk sini je. Langsung tak keluar ke mana-mana. Walaupun kalau duduk sana aku langsung tak payah nk buat apa-apa tapi aku bosan la. Bangun + mandi + makan + tgk tv + makan + tgk tv + tido.... Bunyi mcm best kan? Aku tau..mmg best pn. Tak payah buat apa pn. Masak pn tak payah. Kalo org lain mst rasa best sesangat pegi sana tp aku da bosan la. Serius! Setakat nk tgk tv, aku ni bkn kaki tv sgt. So??
Aku rasa mcm nk tido lak ptg-ptg cmni. Maklumlah br lepas ujan. Sejuk-sejuk cmni best tido tau. huhu. Penat je aku keluar td. Rugi takleh tgk tv. Tak kesah la. Yg aku tau aku nk stop kt sini dulu. Jumpa lagi nnt. Adios!
do you know how beutiful when photo+words...
BalasPadamclik http://photoquotes.blogspot.com/