Khamis, November 30, 2006

Omongan Kosong Dari Ku

Aku menerima panggilan dr abang aku bertanyakn keadaan aku. Oh,terlalu formal rasanya ayat ini. uhuhu. Bosan sebenarnya.. gigi plak sakit ni.. dah lama tak sakit tiba-tiba tadi sakit gigi balik. KFC yg aku beli masa balik kelas td pn tak terusik.. cuma seketul ayam je yg aku makan tu pun tak abis. Tu la.. lain kali jangan cakap benci KFC sbb minggu ni je tak tau berapa kali aku mkn KFC. Aku takde pilihan la.. McD jauh dr rumah aku.. KFC plak dekat sgt-sgt. Ah, kembali ke topik asal!

Rasa lega sgt-sgt sbb bebanan assignment dh lepas. Cuma tadi je aku buat kesilapan besar sbb tak submit assignment tu. Dh naik tingkat 4 dh tp tak berani nk hantar. Nak tanak esok aku kena p hantar la jugak. Bodoh betol! Kalau aku hantar tadi, esok tak payah nk ke sana dah. Hmm.. aku bila jalan sorang-sorang mula la 'blur'... lepas kelas tadi tak tau nk ke mana. Nk ke Giant tp malas. Last-last jalan balik pastu tersinggah ke KFC. Esok nk ke umah kakak aku. Biasa laa... dia tu kalau boleh tiap-tiap minggu nk suruh aku ke sana. Tapi aku je yg malas.

Hmm, malas nk cita benda bodoh ni. Tukar topik! Hahahaha.. aku mmg tak tetap pendirian. Sakit gigi ni tak hilang-hilang lagi.. dah la katak-katak mana ntah dok berbunyi kat luar tu pulak. Lagi sakit kepala aku! Adoii..!! Aku stop sini dulu. Esok kalau ada masa aku tulis lagi. Jumpa lagi!

1 ulasan:

Feel free to drop any comments! =]