Selasa, November 07, 2006

Sebab Utama Lelaki DitarikKe Neraka Oleh Wanita!



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan
tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak
memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2
perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn
hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan
ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah,
bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?.
Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup
salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar
neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan
tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat,
memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam
diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak
pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka
dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-
sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami,
bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?.
Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka
terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman'
neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah
tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar
melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di
akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik
perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau
terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu
bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila
ibu
membuat kemungkaran mengumpat,
memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan
disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah
ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....
krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan
dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api'
neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi
penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita
bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun
tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan
mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu
serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya
ialah manusia,
jin dan batu-batu...."

# adapted from friendster's buletin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to drop any comments! =]