Dewasa ini kad-kad ucapan Hari Raya seolah-olah sudah kurang diminati lagi dan tidak lagi seperti dulu. Peredaran zaman dan peningkatan teknologi menyaksikan golongan remaja khasnya lebih gemar menghantar atau mengucapkan
Selamat Hari Raya menggunakan
SMS/MMS. Sebenarnya kad Hari Raya masih punya kelebihan yg tersendiri. Antaranya...
- Di dlm sekeping kad raya, kita boleh mencoretkan lebih perkataan, bukan tak boleh melalui SMS tp mesej @ pesanan ringkas kan biasanya ringkas-ringkas aje..
- Penerima kad Hari Raya akan terasa lebih dihargai biarpun menerima kad bergambar kucing yg harganya 40 sen berbanding menerima SMS yg cajnya lebih murah dr itu.
- Kad ucapan berirama ataupun lebih lagi, secara berlampu pasti lebih menambat jiwa drpd irama penanda mesej yg diterima.
- Kad ucapan Hari Raya boleh dikumpulkan dan digantung di ruang tamu utk dijadikan perhiasan, SMS boleh gantung ke?
- Kad raya lebih istimewa sebab ada orang yg menghantarnya (posmen), SMS sendiri hantar pas kat angin aje.
- Kad raya yg orang kirim mungkin kita masih simpan lagi tahun ni tapi kalau SMS, ucapan yg dikirim orang tahun lepas kita dah delete rasanya.
- Kad raya kalu peminat kirim kat artis yg diminatinya nampak jugaklah apa barangnya, kalau SMS apa sangat..
- Macam kad jemputan kahwin la (selain jemput mulut), kalau orang jemput kita menggunakan kad atau orang jemput sekadar hantar SMS aje, mana lebih molek agaknya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Feel free to drop any comments! =]