Khamis, Mac 21, 2013

::Oh, my Zalora!::

Hah, dah nak masuk tiga minggu pun sejak order kasut kat Zalora! Tiga pasang kasut yang di order tapi kesudahannya cuma dapat pakai sepasang je.

Ini la kasut-kasut tersebut...huhu

Ok,yang hitam tu Zalora salah bagi size. Order size 7 tapi dia hantar size 5. Sengal betul. Boleh pulak dia pegi letak dalam kotak kasut yang label size 38 (size 7). Yang kuning tu tak muat. Tinggal yang depan sekali ni je muat. Semuanya saya order saiz 7 tapi taktau la kenapa Zalora punya size ni tak standard..

Taktau nak buat apa dengan kasut kuning tu. Tak boleh nak pakai langsung. Nak jual kat member pun, takde siapa berminat. Huh. Saiz tak muat sebenarnya. Mujur la kasut yang salah size tu, member muat. Dan dia pun setuju nak beli kasut tu. Phew~ Lega! At least,takde la rasa membazir sangat sebab tak boleh pakai.

Kenapa tak pulangkan semula kat Zalora??

Oh, sebabnya mudah. Kita kena courier sendiri pada Zalora. Segala kos, kita tanggung. Dan Zalora kata akan bayar balik - dia akan credit kan ke dalam account store kita. Lebih kurang begitu la.

Hello, kalau saya boleh pegi pejabat pos dan guna pos laju untuk courier balik kasut yang salah tu maka tak payah la saya susah-susah order kasut melalui online?! Haih. Sebab tu la sampai dua minggu kasut tu terperap bawah meja.

Saya bukan nak beri persepsi buruk tentang Zalora. Tak. Saya puas hati sangat dengan penghantaran Zalora. Dalam masa 3 hari je, barang yang kita order tu dah sampai. Memang pantas. Cuma..tu la.. bila salah size or tak muat, susah nak pulangkan semula. Zalora punya iklan tak boleh pakai langsung. Konon penghantaran dan pemulangan PERCUMA tapi itu semua tipu belaka. Saya kena caj shipping fees lagi,okey?.

Tapi saya takkan serik untuk order online lagi lepas ni. Hahahaha. Sebab saya suka sangat buat urusan melalui online. Beli tiket bas, beli novel.. order pizza pun online. Pendek kata saya memang lebih suka buat urusan melalui online la. hee.. err,cari jodoh melalui online boleh tak??ngee..

Okey la. Cukup sampai sini dulu.

Jumpa lagi. Bye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to drop any comments! =]