Rabu, Mac 05, 2014

::Novel Review : Cinta Kita by Suzana Sulaiman::






::Cinta Kita::

Novel santai. Tak banyak cornflake eh, konflik! Takde watak antagonis.. Takde pihak ketiga, keempat mahu pun ke lima belas. 

Watak Khalish yang sempurna dan watak Qistina yang rasanya orang kat luar pun akan bertindak sama seperti apa yang dilakukannya. 

Kisah ibu tiri dan anak tiri yang terlalu akrab. Takde adegan ibu tiri jahat atau anak tiri yang tak suka ibu tiri baru. Takde langsung. Dan minda tiba-tiba rasa positif. Ok,masih wujud ibu tiri yang baik dalam dunia ni.

Cinta mereka teruji apabila sang isteri mengandung dan didapati menghidap penyakit yang boleh membahayakan dirinya. Antara kasih sayang dan anak yang dikandung, si isteri memilih untuk meneruskan kandungannya hingga mendatangkan kemarahan si suami. 

Bagaimana kesudahannya? Mohon baca sendiri. Tak larat nak taip.. Hahaha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Feel free to drop any comments! =]