Rabu, November 12, 2008

Balik atau tidak?

Tadi abang aku call. Ingatkan sms masuk.. haha. Ni la akibatnya kalau setting sms dan call sama ringtone. ngee..

Erm,dia ingatkan aku dah habis exam. Dia nak ajak balik sekali sebab kebetulan dia cuti 2 minggu start Jumaat ni sampai 29hb depan. Alahai, aku baru mula exam kelmarin la. Cuti mende..

Tapi aku tertarik jugak untuk balik kampung. Next paper aku 20hb ni. Kalau balik kampung seminggu pun dapat ni. hmm..

Aku nak balik sebab lepas last paper 25hb nnt, aku nak mula cari kerja. Oh, bukan kerja tetap cuma nak cari kerja part-time je. Sem depan aku kena bayar yuran sendiri. RM2200 tu.. huu..

Tu perancangan aku je. Tapi aku tengok memang banyak iklan nak cari pekerja sementara / tetap kat area rumah aku ni. Macam tau tau je aku nak cari kerja. hahaha.

Nanti la aku pikir dulu. Abang aku cakap nak balik Jumaat ni. Sempat la aku pikir nak ikut dia balik ke tak. Kalau balik Jumaat, Selasa balik KL balik. Erm,okay gak tu. Dapat empat lima hari cukup la. hehe.

Okaylah. Saja je membebel.
Jumpa lagi~

4 ulasan:

  1. balik je la..
    mintak restu parents..
    pstu cri akal cmne nak
    cri duit nk bayar yuran tu..
    :) kan kan?

    BalasPadam
  2. aku dah abis exam..tp x leh balik lagi..huhuhu

    BalasPadam
  3. Shino :
    maaf lambat reply. jarang masuk blog ni sebenarnya. prefer blog lg satu. hehe

    owh,dah balik pn. abang saya ok je saya nak balik.. tu yg ikut sekali tu. bab yuran tu tgh pikir lg cmna nk setelkan.

    Benrauf :
    apsal takleh balik lg? ada projek pape ke?

    BalasPadam
  4. oh di sini rupanya "port" baru awak ya ixora...

    semoga awak tak "fenin" lagi. :D

    BalasPadam

Feel free to drop any comments! =]