Rabu, September 12, 2007

happy fasting!

I like to wish " Happy Fasting to all Muslims in Malaysia and all over the world!". Hope that we can perform this 'ibadah' with the full bless from Allah. Amin!

Ahad, September 02, 2007

Merdeka~!!

Belum terlewat utk aku ucapkan 'Selamat Hari Merdeka' rasanya. Malaysiaku Gemilang! Itulah tema hari kemerdekaan tahun ini yang aku baru perasan 3 hari lepas. Oh, aku sangat tidak patriotik! Maafkan kelalaian aku. hehehe.

Pada hari merdeka tersebut, aku telah keluar menemani kawan baikku membeli belah di Masjid India. Ya, orang sangat ramai pada hari itu memandangkan hari tersebut adalah hari cuti sempena kemerdekaan negara. Aku menaiki Putra LRT dari Stesen Kelana Jaya dan turun di stesen Pasar Seni. Kami sengaja turun di situ biarpun pada asalnya kami membeli tiket untuk turun di Masjid Jamek. Ketika berjalan menuju ke arah Masjid Jamek, aku dapati begitu ramai warga Indonesia di sekitar hadapan Central Market sampai aku tertanya-tanya adakah aku berada di negara asing atau di tanah air sendiri? hahaha. Aneh rasanya melihat terlalu ramai rakyat negara asing di bumi sendiri tatkala negara sedang rancak menyambut Merdeka. Teringat pula ketika aku menaiki bas dari Kelana Jaya menuju ke Putrajaya tak lama dulu. Bas itu penuh dengan rakyat asing berkulit hitam (aku panggil mereka sebagai 'negro') sehingga aku terasa seperti di Afrika pula. Apa taknya, cuma aku dan pemandu bas sahaja berbangsa Melayu dan ada pun segelintir penumpang lain berbangsa India. Lucu pula rasanya.

Jangan ditanya apakah pengertian merdeka bagi aku. Aku kurang bersifat patriotisme. Bukan bermaksud yang aku tidak cintakan tanah air ini tetapi aku lebih bersifat sederhana. Merdeka yang sederhana.. hidup yang sederhana. Bagi aku, merdeka bukan setakat pada bulan Ogos semata-mata tetapi merdeka adalah pada bila-bila masa.

Titik

Jumaat, Ogos 03, 2007

Cinta & Bas

Cinta ibarat menunggu bas

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.”
Jadi, awak katakan pada diri awak,“Saya akan tunggu bas yg lain.”
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee…bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.”
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

“Emmm…. tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakinmendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.

Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah.Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair- cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahaha…Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak.Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta !!.

.*Quote from someone blog….*

Rabu, Julai 25, 2007

It's been a long time....

Dh lama tak masuk blogspot ni. Huhu. (Saya terlalu teruja dgn blog baru kt Wordpress tu agaknya. hehehe). Hmm,taktau nk taip apa la pulak.. Wiyah pn dh lama tak kontek aku.. busy dgn sem baru,kot. Skang aku dh taktau nk merapu apa kt sini. Takda benda yg nk dikongsi buat masa ni.Tggu la lain kali,ok? Jumpa lagi...

Isnin, Julai 09, 2007

Go Kimi~!!

Congrates to KIMI RAIKKONEN for his winning today! F1 - Sylverstone 2007. 2nd place goes to Fernando Alonso and 3rd place goes to Luis Hamilton. Actually,I'm not so sure the position of all the drivers but one thing for sure - KIMI has won the race for today.That's it.Go and check the newspaper tomorrow,okay?

About my weekend,nothing much happened.. just attended my neighbours birthday party on Saturday and then went to PWTC for the MICCOS exhibition on Sunday. Yeah,it's kinda interesting went there. Sorry,I'm not so sure what are the title of the exhibition actually.hehehe. If I'm not mistaken-MICCOS but sorry if I'm wrong. That's it for now. No idea came right now. See ya!