well, it doesn't goes well today. damn! i think i will get C for this subject or it might get worse. i'm just hoping and praying to God to make me pass this subject. i've ruined my chances to get a better result for this semester. damn! damn! damn!
i thought i can score since i'm taking only three papers for this semester but unfortunately i let the chances go. my bad!
i'm so frustrated with myself. why am i letting the chance go?? arghhh!!!
i will have my semester break starting tomorrow until May 18 and i just can't wait to be back home. i miss my home so bad. miss my kittens, miss my parents and miss my siblings.
see you again.
goodbye!
Monday, April 28, 2008
Exams over!
Posted by !x0r@ at 11:05 PM 4 comments Links to this post
Let's move on!
Esok last paper untuk semester ni tapi sempat lagi jenjalan kat alam maya ni. haih.. apa nak jadi dengan aku ntah!!
Tadi kemas-kemas folder yang ada dlm laptop ni. Tengok gambar kakak aku. Tetiba rasa rindu kat dia. Walaupun baru je petang tadi berYM dengan dia tapi tak sama dengan jumpa depan mata. Aku harap dia dapat balik hujung tahun ni. Tak pun awal tahun depan. Katanya dia bakal lahirkan anak bulan November tahun ni. Mungkin Januari tahun depan dia dapat balik Malaysia. Harap-harap la. I miss her so much~!!
Aku pun tak sabar nak balik kampung ni. Tapi aku belum beli tiket bas lagi. Aku cadang nak beli hadiah untuk S*****a sebab masa dia kahwin tu aku tak bagi apa-apa pun kat dia. Ni dia dah dapat anak, aku patut beli sesuatu la. At least untuk anak dia. Masalahnya skang ni ialah ekonomi aku agak kritikal. Ya,kritikal. Aku dah terguna duit baki PTPTN tu. Sepatutnya aku tak sentuh duit tu sebab duit tu untuk semester depan. Alahai...
Rasannya aku nak teruskan berblog di sini. Aku nak lupakan wordpress buat sementara waktu. Aku nak aktifkan kembali blog ni. Tu saja niat aku buat masa ni disamping kemas kini Leoxa jugak.
Okaylah,kita jumpa lagi. Bubbye~!
Posted by !x0r@ at 12:23 AM 0 comments
Friday, April 25, 2008
Oh,my Le0xa!
Mungkin blog ni akan terus terabai memandangkan aku dah setup satu blog baru semalam. Leoxa.
Ya,aku dah setup satu blog kat Leoxa dot com dan ianya sangat cool!. Leoxa sama seperti wordpress cuma bezanya Leoxa ada pelbagai theme yang cun dan menarik tak seperti wordpress. Ciri-ciri lain sama saja seperti wordpress malahan dashboardnya pun sama. Terasa seperti masuk ke blog di wordpress je.
Kalau rajin,lawatlah blog baru aku tu di sini.
Till then,good bye!
Posted by !x0r@ at 12:46 AM 0 comments Links to this post
Saturday, April 05, 2008
It's All About The Money
duit.. duit.. duit..!!
haih,pening kepala aku!
tadi adik aku sms. tanya aku ada duit ke tak. hmm,ada rasa geram gak tapi aku cuba sabarkan hati aku. baru tertanya-tanya, dia dah mentioned dalam sms tu yang dia segan nak mintak pada abang aku lagi sebab baru je minggu lepas dia dah mintak duit dari abang aku utk bayar yuran dia. nak tanak aku terpaksa tolong. walaupun tak sampai dua minggu lepas aku baru masukkan seratus ringgit kat dia. tapi tu duit hutang aku kat dia. wajar la aku bayar balik.
dan tadi bila baca sms tu,aku terpaksa tak marah. kang dia ungkit pasal hutang aku kat dia, lagi haru. dulu aku pinjam duit ptptn dia utk bayar yuran short sem aku pd thn 2006. dia kira baik jugak la sebab tak kelam kabut mintak aku bayar balik. ada la jugak sekali sekala dia bising tanya bila aku nak bayar balik duit dia. haha. selalunya bila dia mintak sesuatu dari mak aku dan tak dapat, baru la dia mula ungkit pasal hutang tu. aku cuma boleh sengih je la. mana aku ada duit nak bayar balik. tunggu la bila aku dah keja nnt.
esok aku terpaksa la bank-in kat dia. aku pn baru je nak bernyawa skit. dah kena keluar duit pulak. blom keja lagi ni. haih. kadang tu rasa nk merungut gak tapi sabar je la. ni la dugaan hidup. ada hikmahnya aku tak dapat ipta. kalau aku dapat ipta, tentu aku boleh berbelanja sakan dengan duit loan macam yang student ipta selalu buat. takpe la. bukan rezeki aku. nak buat mcm mana. syukur la aku dapat jugak sambung blaja kat ipts ni. tapi loan aku tak cukup. yuran lagi mahal dari jumlah loan.
kadang tu rasa cemburu sangat tengok kenkawan lain banyak duit. aku ni ada duit belanja cukup-cukup makan je. dulu mak aku jarang hulur duit sangat, tapi skang ni bila kakak aku dah kawin, mak aku ada la bagi sikit bila aku balik kampung. aku tak sampai hati nak amik sebenarnya. tapi kalau tak amik,aku mana cukup duit nak hidup. sebabnya, dulu kakak aku yang sponsor wang saku aku. skang ni dia dah kawin dan berenti keja. dah tu takde kat malaysia. tetiap bulan dia cuma dapat kirim dalam 220 camtu. tu pun besar rahmat sangat. at least aku tak terputus duit belanja.
hidup aku tak macam orang lain. kami tak kaya sangat. kadang aku kesian nak mintak kat abang aku. bila dah sesak sangat, baru aku mintak. bukan apa, aku tau kadang adik-adik aku mesti cari abang aku bila diorang takde duit. kalau dulu boleh la cari kakak aku,skang kakak aku dah kawin. dia pn bergantung pada laki dia je. susah la sikit. abah aku dulu keja kat kawasan rehat kt lebuh raya tu tapi dua tahun lepas dia berenti sebab sakit dalam perut. pastu dia sambung balik keja lama iaitu buat rumah. maksud aku tukang rumah. rumah kami tu abah aku la yang buat. jimatla sikit. nak upah orang memang mahal skang ni.
duit.. duit.. duit..!!
entah bila la aku nak kaya? hahahahha. selalu gak berangan aku kaya. hehehe. tapi aku pilih utk tak kaya. sebab, aku risau aku lupa diri kalau aku kaya nanti. biarlah sederhana. cukup untuk beli apa yang perlu dah la. jangan la tak berduit pulak sampai nak hidup pn melarat kena pinjam sana sini.
apa-apa pun, doakan supaya aku dapat abiskan pengajian aku hujung tahun ni dan dapat cari kerja yang baik-baik agar aku dapat ringankan beban keluarga aku. aku pn dah nak termuntah dah ni belajar bertahun-tahun. jangan tanya kalau aku berminat nak sambung master. tolonggg..la! aku perlu kerja. aku perlu duit.
everything is about money~!
Posted by !x0r@ at 11:43 PM 2 comments Links to this post
Thursday, April 03, 2008
Writer's block
Tiap kali nak apdet,mesti blur. Menyampah betul!
Hujan sedang turun ketika ini. Aku mungkin tak dapat publish entri ni jika internet aku terputus. Alamak,guruh la pulak! Aku tak nak cari risiko. Aku kena off modem dulu sebelum apa-apa berlaku nanti.
Jumpa lagi. Bye~!
Posted by !x0r@ at 1:31 PM 0 comments Links to this post
Labels: Life