BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 29, 2008

Kosong lagi!

Kosong. Sepi. Bosan. Semuanya bersatu dalam diri. Arghh, aku benci keadaan seperti ini! Hidup bagaikan tiada rakan. Sangat kosong.

Kamu mungkin sangat bertuah kerana mempunyai ramai teman sedangkan aku seakan-akan keseorangan di sini. Aku sendiri musykil di mana teman-teman aku itu? Adakah aku sebenarnya tak punya seorang pun teman rapat?

Aku dapat merasakn semua orang makin menjauhi aku. Mungkin aku yang tidak pandai berkawan barangkali. Aduh, susah rupanya hendak mempunyai seorang dua teman rapat yang boleh berkongsi suka duka dengan aku!

Tapi aku bertuah kerana teman baikku A***** yang aku kenal lebih dari tujuh tahun itu masih setia berkawan dengan aku. Walaupun dia sibuk, dia masih mempunyai masa untuk mendengar cerita aku. Ternyata jarak bukan pemisah kepada persahabatan kami.

Mungkin aku patut menambahkan lagi kenalan aku agar aku tidak lagi kesepian dan keseorangan. Aku perlu perbaiki diri aku agar mereka semua sudi berkawan dengan aku. Aku tidak mahu merasa kosong dan sepi lagi. Aku sudah penat. Izinkan aku berkawan denganmu.

Sayonara!

7 comments:

penkek said...

jangan takut untuk menghulurkan salam persahabatan pada orang lain, kerna pada dasarnya kita semuanya sama. mari kita ber 'high-five'!

salam persahabatan.. =)

ixora said...

Thanks singgah sini. Datanglah lagi. =)

akak pieja said...

eh, dah pindah eh???

ixora said...

Tak ah.. masih kat WP lg. Sini kira mcm rumah kedua je. hehe.

t * w * o * L * e * e * p said...

loh...napa plak jdik smpai mcm tu...huhuhu.....or kamu nih mmg suka bersendirian....hemmm.

ixora said...

Entah. Maybe kot..

Anysz said...

janganla emo-emo
meh kiter gelak tawa ngan anysz
boleh kiter sesama happy :D

*jangan dilayan perasaan emo sebab nanti makan diri..baik makan meggi..

ngahahaha sapela aku utk mengomenmu..
owhh ixora~~~nyahaha