Tuesday, May 31, 2011

A little less from me..

OMG!! I just realised that it past a year I didn't write anything in here.

I really really miss my blog. Actually I really miss my wordpress blog instead of blogspot coz I had lots of blogger friends there. But I guess my wordpress blog already expired since I am not active in that account anymore. So sad..

The reason why I wrote back tonight is just because I found my sister blog just now. I didn't know that she also blogging. Well, well, well.. I guess our siblings do loves to blog. haha. I should check if my older sister also have a blog or not.. hehe

Well,gotta go! I'll update more if I have mood to write.

Take care!

Friday, February 05, 2010

H.E.A.R.T.B.R.O.K.E.N




Kali ni betul-betul patah hati. Mungkin ini kali terakhir kot.

Rasanya dah berkali-kali aku kecewa tapi taklah seteruk semalam. Terima kasih Tuhan sebab bukakan mata hati aku. Aku akan cuba tanamkan dalam hati agar tidak mengingati perkara-perkara yang lepas lagi. Apa yang telah berlaku, biarkan terus berlalu.

Ingatan untuk kamu yang membaca coretan ini, jangan sesekali kamu bilang kamu cintakan seseorang andai hati kamu tidak sepenuh hati mencintai insan tersebut. Jangan beri harapan kalau kamu tidak bersedia memenuhi harapan itu.

Untuk dia, terima kasih kerana berjaya buat saya sedar siapa diri saya. Saya takkan lupakan sampai bila-bila.

Sunday, July 26, 2009

my big bro's engagement day..

9 Jun lepas abang sulung aku dah selamat melangsungkan pertunangan. akhirnya termakbul jugak hasrat mak yang tak sabar2 nak bermenantu tu. i mean, almost termakbul la. hehe. kenduri kawin mungkin hujung tahun ni kot.. insyaAllah..

ni ada sikit gambar masa abang aku tunang aritu..



barang2 hantaran
pihak lelaki : yang beralas; dlm sangkar burung
pihak perempuan : yang tak beralas; dalam kotak plastik


upacara menyarung cincin
(i thought org sarung cincin dlm bilik..)

cukup la 2 keping gambar ni sebagai tatapan. aku malas nk upload gambar abang aku dgn tunang dia. aku masih blom pandai buat 'copyright'. hahaha.

nanti aku update lagi.
wassalam.

Wednesday, March 18, 2009

Looking For A Great Service?

Too occupied with your work and have no time to clean your house? No worries! I have a solution for you. Just contact me if you need any cleaning services with a reasonable price. I can recommend you this :
Add Image
If you are looking for a painting service, I can recommend this for you :


Do not hesitate to contact me if you have any quiries. I will help you [as I am helping my friend promoting her business anyway]. :D

Thank you.

Monday, February 02, 2009

It's time to move on!

Apa nak tulis ye?

Oh,siang tadi pegi tengok Sifu & Tongga!

To be honest, aku rasa filem ni tak berapa nak kelakar tahap pecah perot macam selalu. Aku beriya nak tengok sebab Nabil je. hahahahha. Aku tau kawan aku macam tanak tengok sangat tapi kebetulan masa beli tiket, filem tu je paling hampir dengan waktu kami beli tiket. Masa tu pukul 4.45pm.. Sifu & Tongga pukul 5pm. Kira okay la tu. Filem lain ada yang 5.30pm dan lebih pada tu.

Aku tau ramai tak suka filem A.Razak Mohaideen. Peduli apa aku! Janji aku boleh release tension dan gelak-gelak dalam panggung, aku layan je apa-apa filem pun. Lagipun aku beli tiket guna duit aku. Jadi, tak kisah la kalau orang lain tanak tengok pun. Eh, tadi panggung penuh tau! Aku pun terkejut. Aku ingat orang tanak tengok filem tu sebab aku baca kat blog, kemain ramai lagi yang tak suka filem arahan A.Razak Mohaideen tu.

Sebenarnya aku takde la suka mana pun.

Macam aku cakap tadi, asal filem tu boleh buat aku ketawa aku layan je. Aku malas nak fikir banyak dah. Orang tengok movie untuk relakskan minda. Tenangkan fikiran. Ye tak?

Oh, dua tiga minggu lepas aku dah pegi tengok Maut! Lupa nak update dalam blog. Bukan lupa tapi malas sebenarnya. Aku berazam nak kurangkan tonton wayang tahun ni tapi lain pulak jadinya. Awal-awal lagi dah pegi tengok Maut. haha.

Not bad la cerita tu cuma aku rasa banyak part kena potong. Sebab? Sebab dalam cerita tu ada 3 kisah. Lebih kurang macam Sepi jugak. Tapi kisah pertama tu pendek sangat. Kisah lain pulak macam tak kemas sangat jalan ceritanya. Apa-apa pun filem tu okay je. Ada pengajaran cuma kurang kemas je jalan ceritanya. Tu pendapat aku la.

Ah,aku stop sini dulu! Jumpa lagi. Aku pun taktau bila nak update blog ni. hahah. Bye!